Tuesday, September 1, 2009

Misi ke-3 berjaya..




Alhamdulillah... Siri ke-3 ini pun berjaya, sebanyak 1000 keping risalah diedarkan. Reaksi pengunjung bazar ramadhan pun tidak kekok menerima risalah tersebut. Meksipun ada segelintir yang tidak mempedulikan risalah tersebut. Risalah ini tetap akan diteruskan. Semoga Allah buka satu ruang dakwah di Daerah Kudat agar akan ada 1 gelombang perubahan. Biarlah ia bermula dari sini, persatuan mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan pihak Pusat Latihan Dakwah Kudat ( JAKIM ) dalam membantu pihak kami dalam menjalankan usaha-usaha dakwah di kudat. Pihak JAKIM sanggup memberi ruang untuk bersama-sama kami dalam misi dakwah bil hal di kudat. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Di harap akan ada lagi pihak jabatan-jabatan dan NGO di Daerah Kudat yang sanggup membantu Misi Dakwah di Kudat. Kami sangat mengalu-alukan demi kepentingan warga Kudat.

0 comments:

Post a Comment