Wednesday, August 3, 2011

TAZKIRAH HARI INI....EDISI 03 RAMADHAN 1432


DOA UNTUK IBU BAPA

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah ucapanku di depan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan

Lembutkan hatiku untuk mereka.........


Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas

didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas

kesayangan yang mereka limpahkan padaku,

peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau

kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau

hilangnya sesuatu hak mereka kerana

perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya

dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan

mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan

kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi

syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul

bersama dengan santunan-Mu di tempat

kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha

Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah

yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua

kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana

kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau

kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan

dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


0

"SHARING IS CARING"...


ADAB MEMOTONG KUKU

Bahagian Kuku Tangan

1. Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking berikutnya barulah ibu jari tangan kanan.

2. Seterusnya kelingking tangan kiri, jari manis kemudian jari tengah setelah itu jari telunjuk dan akhirnya ibu jari kiri.

Bahagian Kuku kaki

Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri.

Hari2 yang di sunatkan memotong kuku:

Hari Sabtu - Mempusakai penyakit akilah ( yg disebabkan banyak makan)

Hari Ahad - Hilang berkah

Hari Isnin - Mempusakai alim Fadhil (org yg berilmu dan mempunyai kelebihan)

Hari Selasa - Mempusakai kebinasaan

Hari Rabu - Mempusakai jahat perangai

Hari Khamis - Mempusakai Kaya

Hari Jumaat - Mempusakai ilmu dan lemah lembut

Tuesday, August 2, 2011

1

TAZKIRAH RAMADHAN 1432H



WANITA SOLEHAH

ISTIMEWANYA WANITA

  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
  • Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  • Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
2

ALHAMDULILLAH..EDISI KE-2 SELAMAT DIEDARKAN



Syukur ke hadrat ILLAHI dengan limpah-NYA , edisi ke-2 telah selamat diedarkan. Walaupun hanya kelompok kecil sahaja yang turun padang, namun ia tidak mematahkan semangat ahli PBDMK, sebaliknya ia berjaya dilaksanakan.

RENUNGAN BERSAMA :

Beberapa hadith Rasulullah saw, menyebut tentang akhlak:

  • "Sesiapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim" "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua urusan"
  • "Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu, maka Allah akan memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan" "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak membuat kebaikan untuk manusia lain"

TAnamlah dalam dirimu tanah kerendahan, sebab tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam, maka tidak sempurna hasil buahnya. Tiada sesuatu yang lebih bahaya bagi seseorang yang beramal, daripada menginginkan kedudukan dan terkenal di tengah masyarakat pergaulan. Dan hal ini termasuk keinginan hawa nafsu yang utama.

Rasulullah saw telah bersabda, maksudnya:

"siapa yang merendah diri maka Allah akan memuliakannya dan siapa yang sombong(besar diri), Allah akan menghinanya.


SELAMAT BERAMAL KAWAN-KAWAN

Monday, August 1, 2011

0

RAMADHAN UJIAN UMAT ISLAM




SETIAP Muslim memaklumi bahawa Ramadan adalah bulan suci yang penuh rahmat, bulan dilipat gandakan ganjaran pahala bagi setiap amal kebajikan, malah kedatangannya dianggap tamu agung yang wajar disambut dengan perasaan penuh gembira.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan pelbagai berkat. Alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HR At-Thabrani)

Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan mengenai balasan kepada mereka yang berasa amat sukacita dengan kedatangan Ramadan, iaitu dengan sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang bergembira dengan datangnya bulan Ramadan, maka Allah mengharamkan jasadnya masuk ke dalam semua pintu neraka." (HR Baihaqy dan Ibnu Majah)

Kegembiraan menyambut Ramadan dan mengerjakan amalan puasa itu bertambah lagi apabila mengingati segala dosa orang yang melaksanakan puasa (tentunya jika dengan benar-benar ikhlas) akan diampuni oleh Allah, baik yang telah lalu mahupun yang akan datang, iaitu sekiranya puasa itu ditunaikan dengan sempurna dan penuh penghayatan.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharap pahala Allah, diampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang." (HR Ahmad)

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadan, semua syaitan dan jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup rapat sehingga tidak satu pun yang terbuka. Sebaliknya pintu syurga dibuka lebar dan tidak satu pun tertutup. Kemudian muncul seruan pada setiap malam: Hai orang yang baik, majulah, dan orang yang jahat, berhentilah. Dan Allah membebaskan beberapa penghuni neraka dan hal ini berlaku setiap malam bulan Ramadan." (HR Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Memasuki Ramadan bermakna kita melangkah ke gerbang ujian dan latihan. Kita tentu tidak mahu puasa yang kita kerjakan dengan bersusah payah menahan lapar dan dahaga itu tidak memperolehi apa-apa nilai atau ganjaran daripada Allah.

Ada baiknya kita merenung bagaimanakah cara Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Ramadan. Apa yang baginda lakukan ialah antaranya seperti banyak mengerjakan amalan kebajikan dan ibadah puasa.
0

"SEDEKAH MEMBAWA BERKAT"


بسم الله الرحمن الرحيم

Renungan bersama dalam mencari keredhaan dan keampunan ALLAH SWT di bulan Ramadhan yang mulia.

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api. Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah.


Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

0

MISI GEGAR 3.0 TELAH DILAKSANAKAN


(بسم الله الحمن الرحيم)

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وآصحابه ومن تبعه إلى يوم الدين أما بعد…..

Alhamdulillah, tanggal 26 Julai bersamaan 24 Syabaan 1432H, hari yang cukup bermakna dimana Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat dengan kerjasama Pusat Latihan Dakwah Kudat telah bersama-sama berganding bahu bagi melancarkan misi GEGAR 3.0 buat julung kali pertama edisi 2011 di Daerah Kudat. Dengan satu misi yang sama, PBMDK dengan PLDK, telah bersatu tenaga dimana ahli melebihi 20 orang dan dibantu oleh penyelaras PBMDK sendiri mahupun pensyarah-pensyarah PLDK yang turut membantu. Diucapkan ribuan terima kasih kepada ayahanda, HAJI ABD RONI BIN TAHIR selaku Pengetua Pusat latihan dakwah kudat yang telah turun padang serta memberikan kata-kata semangat kepada kami dalam menjalankan misi kali ini.

EDISI GAMBAR



Monday, July 18, 2011

3

MISI 'GEGAR' EDISI 2011 BAKAL DILANCARKAN


MUQQADIMAH

PBMDK akan melaksanakan misi GERAK GEMPUR RAMADHAN 3.0 sesi 2011 atau lebih dikenali sebagai GEGAR. Bagi 3.0 pula merujuk kepada program GEGAR ini telah diadakan selama 3 kali termasuk pada kali ini . PBMDK akan berganding bahu , amnya di kalangan BELIA MUSLIM, khasnya bagi menjayakan misi ini.

MESYUARAT GEGAR 3.0 BUAT KALI PERTAMA

ALHAMDULILLAH, tanggal 17 JULAI bersamaan 15 SYAABAN 1432H , detik permulaan mesyuarat GEGAR buat julung kali pertama pada tahun 2011 telah diadakan. Beberapa agenda telah dibincangkan termasuk perlantikan ahli jawatankuasa GEGAR 2011. Antara agenda yang menarik seperti menghulurkan sumbangan kepada golongan fakir miskin mahupun anak-anak yatim di Daerah Kudat. Selain itu, pengedaran risalah juga bakal dilaksanakan, dimana ia dimuatkandengan info-info islam sekaligus dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada orang umum. Nantikan kemunculan PBMDK yang bakal berlegar di ruang Kudat!!

EDISI GAMBAR


Saturday, May 21, 2011

0

Program Adikku Sayang


Pada 21.05.2011 telah diadakan Program Adikku Sayang bertempat di SK Landung Ayang, Kudat. Seramai 54 orang pelajar yang mengikutinya. Program perintis kepada pelapis-pelapis baru PBMDK. Alhamdulillah, program ini dapat berjalan dengan jayanya.


0

Blog baru diupdate..


Assalammualaikum,

kepada semua pengunjung blog muslim, maaf kerana lama tidak update blog ini. Insya-Allah, program yang akan datang ni akan di masukkan ke dalam blog. terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

Admin

Sunday, December 19, 2010

0

Apa sudah jadi... Pelik tapi benar


I
Melihat dari papan tanda sebesar besar ini, yang teletak di jalan di utama SM ST Peter menjadi tanda tanya.. kenapa perlu ia disatukan.. bukan mahu untuk menyalatafsirkan tetapi kepana ia berlaku sebegini. Apa ertinya Orang menaiki Unta ?? apa ertinya dalam menyambut Hari Natal dan Tahun Baru ? adakah disamakan dengan Maal Hijrah!!! sedangkan dalam islam sendiri telah menyatakan dalam Al-Quran

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

(Surah Al-Kaafiruun)

Jadi sebagai seorang islam perlu ada rasa sensetif dalam hal agama.
0

Mesyuarat ke-5 ( Penutup Sesi 2010 )


Alhamdulillah, mesyuarat ke-5 dan penutup bagi Sesi 2010 telah berjaya dilaksanakan dimana beberapa perkara telah di sentuh. Kehadiran Dewan Harian memberikan sedikit sebanyak input dalam memperbaiki lagi PBMDK.

Thursday, November 4, 2010

1

Jemputan ke Majlis Walima YDP



Semua warga PBMDK di jemput hadir ke majlis Walima YDP PBMDK seperti tertera di atas.