Tuesday, September 8, 2009

0

Pengumuman !!!


Kepada semua peserta edaran risalah

Tarikh edaran risalah yang terakhir ( Siri ke-5 ) di tunda pada hari Ahad ( 13/09/09 ) 24 Ramadhan 1430. Ini kerana berlaku pertindihan program yang mana, pada hari sabtu ( 12/09/09 ) ada 2 program serentak iaitu Majlis Khatam Al-Quran di SMK Abdul Rahim dan Majlis Berbuka Puasa Sekolah Agama Rakyat Al-Munawar. Oleh itu program edar risalah ramadhan di tunda. Sila beritahu kepada sahabat/sahbiah anda supaya tidak berlaku salah faham.

Untuk pengetahuan semua, Risalah Siri ke-5 telah diterbitkan. Bolehlah download di ruang bahan kongsi di sebelah kanan. Edaran ini adalah yang terakhir untuk bulan ramadhan. Insya-Allah, ia akan diteruskan pada bulan yang akan datang.

Dari
Azman Bin Madusin

Monday, September 7, 2009

0

Ceramah Nuzul Al-Quran di SMK Pekan I ( 07/09/09 )


Alhamdulillah, pada hari ini, SMK Pekan I telah menjemput persatuan memberi sedikit perkongsian ilmu dalam mencari erti penghayatan Nuzul Quran. Semoga semua mendapat manafaat bersama. Kami dari persatuan mengharapkan akan ada lagi program-program seumpama ini di mana-mana sahaja. Terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput kami dalam Misi Dakwah kami di Daerah Kudat. Di bawah ini sedikit bahan kongsi yang sempat diberikan. Waallah hualam

UNIVERSITI RAMADHAN

Penyertaan : Semua Umat Islam yang cukup syarat

Pensyarah / Tutor : Para Ulama', Ustaz, Ustazah, pendakwah dan lain-lain lagi

Kelas Teras : Puasa bermula terbit matahari hingga terbenam matahari, menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa sama ada 29 hari ataupun 30 hari

Kelas Elektif : Bersedekah, Qiamullail, Bersahur, Tadarus Al-Quran, Zikrullah, Mendengar kuliah agama dan lain-lain aktiviti bermanfaat.

Ujian Harian : Nafsu ( Syaitan & Iblis telah pun dirantai atau dibelengu )

Subjek Khusus : Solat Tarawikh`

Panel Penilai : Allah S.W.T

Peperiksaan Tersembunyi : Malam Lailatul Qadar

Sistem Pemarkahan (Tranpil) Takwa

Lapar dan dahaga

Konvokesyen : 1 1 Syawal

Berhadapan dengan Allah di syurga

Sesiapa yang dapat menghadapi malam itu dengan ibadat yg ikhlas dan bertepatan, akan mendapat markah bonus 1000 bulan.Semoga dapat menjadi graduan yang bertaqwa dan mendapatAnugerah Taqwa dari Allah. Semoga ilmu dan praktikal yang dilakukan dapat diterapkan didalam kehidupan seharian sesudah kita keluar dari Universiti Ramadhan ini.

Saidina Ali mentakrifkan taqwa dengan empat perkara;

1. Al-khauf min al-Jalil takut kepada Allah
2. Al-'amal bi al-tanzil beramal dengan wahyu yang di turunkan ( Al-Quran dan sunah Nabi saw )
3. Al-ridha bi al-qalil redha dengan sedikit yang dimiliki
4. Al-isti'dad li yaum al-rahil bersedia untuk hari kematian

JADUAL KULIAH UNIVERSITI RAMADHAN

3.00 am - Bangun, kendiri dan persiapkan diri untuk berqiamullail

3.30 am - Qiamullail dimulakan dengan Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat dan ditutup dengan Solat sunat witir. Selang selikan solat ini dengan zikirullah, selawat nabi dan munajat hamba.

4.00 am - Bersahur dan membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Subuh.

4.47 am - Solat Subuh berjemaah dan membaca Al-Mathurat

6.15 am - Jangan Tidur :-) tapi penuhi masa dengan membaca Al-Quran , zikir dan membuat persediaan ke tempat kerja atau sebagainya.

9.00 am - Solat Dhuha

12.00 pm - Bersedia untuk solat Zuhur berjemaah, membaca Al-Quran dan zikirullah.

3.14 pm - Solat Asar berjemaah dan membaca Al-Mathurat

5.00 pm - Membeli juadah berbuka puasa ( AWAS ! jangan membazir )

6.20 pm - Bersedia untuk berbuka puasa dan berbuka dengan menjamah kurma atau manisan.

6.30 pm - Solat Maghrib berjemaah, membaca Al-Quran dan berzikir

7.30 pm - Solat Isyak berjemaah, diteruskan dengan Solat Sunat Terawih dan tadarus Al-Quran bersama rakan atau keluarga.

11.00 pm - Tidur awal untuk berqiamullail pada esok hari. Niat puasa dan niat untuk bangun qiamullail.

رمضان) (

Ra : Rahmat

Mim : Maghfirah

Dhad : Dhoman ( jaminan )

Alif : Afdal

Nun : Nikmat

0

Tadarus Perdana dan Iftor Perdana 06/06/09




Syukur kehadrat Allah, kerana masih memberi ruang dan peluang kepada warga kudat untuk menjadikan Nuzul Quran sebahagian dalam kalender tahunan Masjid Asy-Syakirin. Seramai lebih dari 30 orang Ustaz, penjawat awam, penjawat swasta mahupun pelajar sekolah terlibat dalam Tadarus Perdana ini. Pada tahun ini jumlah kutipan derma dari warga kudat melebihi daripada tahun lepas. Kutipan pada tahun ini lebih dari RM6000 berbanding tahun lepas sebanyak RM4000 lebih sahaja. Program ini yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
0

Kem Ibadah Ramadhan 06/09/09





Kem Ibadah Ramadhan adalah kesinambungan Siri KPI Siri I dan Siri II. Semasa resolusi KPI Siri ke-2, kebanyakan peserta meminta supaya program kem ibadah dibuat. Alhamdulillah Kem Ibadah tersebut dapat jua di buat. Sambutan daripada peserta amat mengalakkan. Ini kerana pihak Urusetia menganggarkan sebanyak 70 orang peserta yang mengikuti program ini tetapi yang hadir seramai 76 orang. Inilah kesedaran yang timbul di hati-hati setiap peserta yang dahagakan ilmu agama. Lebih-lebih lagi perkongsian ilmu. Sekolah yang terlibat seperti SMK Abdul Rahim I, SMK Abdul Rahim II, SMK Pekan I, SMK Pekan II, SM ST Peter Kudat, SM Teknik Kudat dan Pusat Latihan Dakwah Kudat. Para peserta di dedahkan dengan amali solat seperti bacaan dalam solat, keadaan badan ketika solat, perkara-perkara yang membatalkan solat dan banyak lagi. Semoga kesempatan yang sedikit ini memanafaatkan peserta dalam baiki lagi mutu solat mereka. Teruskan perjuangan anda di bumi Allah ini ( kudat ). Kita semua ada penerus kepada perjuangan bukan pemula mahupun pengakhir perjuangan. Waallah hu alam
0

Misi Ke-4 Berjaya 05/09/09



Sedar tidak sedar Cahaya Ramadhan masuk Siri ke-4 sudah. Begitu cepat berlalu masa ini, persatuan yang telah diwarni oleh mujahid-mujahid islam ( peserta KPI mahupun yang baru ) yang tidak pernah mengerti penat lelah dan sentiasa sabar dalam berhadapan dengan masyarakat. Meksipun tidak dilayan semasa menyebarkan dakwah melalui risalah, mereka tidak jemu. Semoga Allah memberi kekuatan kepada belia-belia kudat dalam mengharungi kehidupan di Kudat. Pada edaran Siri ke-4 ini, sejumlah 1000 keping jua telah diedarkan. Selebihnya telah dibawah ke sekolah-sekolah untuk dikongsikan bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang lain. Teruskan wahai jundi-jundi kudat. Jangan toleh kebelakang lagi. Kudat perlukan belia-belia seperti kalian dalam mewarnai kudat dengan corak agama yang syumul. Takbir!!!...
0

14 Ramadhan 1430, 04/09/09 ( Misi Dakwah )



Alhamdulillah... persatuan telah di jemput oleh pihak SMK Abdul Rahim I bagi mengisi kekosongan waktu ( pengisian selepas solat tarawih ). Syukur kehadrat Allah, Ramadhan pada tahun ini penuh bermakna. Misi Dakwah yang telah dirancang diteruskan meksipun sebelum ini, persatuan telah masuk kampung-kampung seperti Kg Minyak, Kg Suangpai, Kg Bak-Bak, Kg Perapat Darat dan beberapa Kampung akan menyusul. Persatuan yang telah dibantu oleh Ustaz Agus dalam menjiwai permasalah penduduk kampung. KUDAT memerlukan sesuatu gelombang perubahan, rungutan ini sentiasa didengari di corong-corong kampung dalam menantikan badan agama masuk ke kampung untuk menabur bakti sama ada dalam mempelajari Fardu Ain mahupun Fardu Kifayah. Misi Dakwah ini akan diteruskan sampai bila-bila. Insya-Allah, di bulan baik ini, keampunan dari Allah sentiasa dipinta. Ucapan terima kasih atas jemputan dari pihak SMK Abdul Rahim I, kami dari persatuan mengalu-alukan jemputan anda dalam menegakkan kalimah Allah. Takbir!!!!

Wednesday, September 2, 2009

2

KEM IBADAH RAMADHAN


ANJURAN :
PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT

TARIKH:
6 September 2009/ 16 Ramadhan 1430H

OBJEKTIF:
* Memberi kefahaman tentang kepentingan ibadah solat.
* Meningkatkan kesempurnaan ibadah solat.
* Memotavasikan peserta untuk cemerlang di dunia dan akhirat

ATURCARA PROGRAM:

HARI/

MASA

9.00pg

10.00pg

10.00pg

11.00pg

11.00pg

12.00tgh

12.10tgh

1.00ptg

1.00pgt

2.00ptg

2.00otg

3.00ptg

3.00ptg

6.00ptg

6.20ptg

9.00mlm

9.00mlm

AHAD

06.09.09

Pendaftaran

Kuliah 1

“ Ibadah Solat : Sempurna atau tidak ?”

Halaqah 1

Solat Zohor

Halaqah 2

Kuluah 2

“ Solat membina Peribadi Unggul”

Solat Asar & Majlis Tadarus

Majlis Iftar/Solat Maghrib/Solat Isyak/ Solat Tarawih

Bersurai


JADUAL WAKTU SOLAT

Hari

Subuh

Zohor

Asar

Maghrib

Isyak

Ahad 06.09.09

4.47 pg

12.13 tgh

3.16 ptg

6.18 ptg

7.28 mlm


URUS SETIA :
Penasihat : Ustaz Mohd Fadhli Bin Mohd Yusof
Penyelaras : Ustaz Rosdam Hanabi bin Mohamed
Penolong Penyelaras : Azman Bin Madusin
Fasilitator : AJK Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat

PERATURAN PESERTA:
* Berakhlak mulia dan memberi penumpuan sepanjang program
* Peserta diwajibkan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
* Peserta diwajibkan solat berjemaah
* Hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas dan sopan sepanjang program
* Tempat aktiviti mestilah sentiasa bersih, kemas dan teratur
* Sekirannya ada peserta yang sakit dan memerlukan rawatan, peserta hendaklah menghubungi urus setia

PERKARA YANG PERLU DI BAWAH
* Alat tulis
* Pakaian solat
* Al-Quran
* Zikir munajat

GOLONGAN SASARAN
Semua peserta KPI Siri I, KPI Siri II dan pernah mengikuti program persatuan belia muslim daerah kudat.

Tuesday, September 1, 2009

0

Misi ke-3 berjaya..




Alhamdulillah... Siri ke-3 ini pun berjaya, sebanyak 1000 keping risalah diedarkan. Reaksi pengunjung bazar ramadhan pun tidak kekok menerima risalah tersebut. Meksipun ada segelintir yang tidak mempedulikan risalah tersebut. Risalah ini tetap akan diteruskan. Semoga Allah buka satu ruang dakwah di Daerah Kudat agar akan ada 1 gelombang perubahan. Biarlah ia bermula dari sini, persatuan mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan pihak Pusat Latihan Dakwah Kudat ( JAKIM ) dalam membantu pihak kami dalam menjalankan usaha-usaha dakwah di kudat. Pihak JAKIM sanggup memberi ruang untuk bersama-sama kami dalam misi dakwah bil hal di kudat. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Di harap akan ada lagi pihak jabatan-jabatan dan NGO di Daerah Kudat yang sanggup membantu Misi Dakwah di Kudat. Kami sangat mengalu-alukan demi kepentingan warga Kudat.