Monday, September 7, 2009

Tadarus Perdana dan Iftor Perdana 06/06/09




Syukur kehadrat Allah, kerana masih memberi ruang dan peluang kepada warga kudat untuk menjadikan Nuzul Quran sebahagian dalam kalender tahunan Masjid Asy-Syakirin. Seramai lebih dari 30 orang Ustaz, penjawat awam, penjawat swasta mahupun pelajar sekolah terlibat dalam Tadarus Perdana ini. Pada tahun ini jumlah kutipan derma dari warga kudat melebihi daripada tahun lepas. Kutipan pada tahun ini lebih dari RM6000 berbanding tahun lepas sebanyak RM4000 lebih sahaja. Program ini yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

0 comments:

Post a Comment