Monday, September 7, 2009

Kem Ibadah Ramadhan 06/09/09





Kem Ibadah Ramadhan adalah kesinambungan Siri KPI Siri I dan Siri II. Semasa resolusi KPI Siri ke-2, kebanyakan peserta meminta supaya program kem ibadah dibuat. Alhamdulillah Kem Ibadah tersebut dapat jua di buat. Sambutan daripada peserta amat mengalakkan. Ini kerana pihak Urusetia menganggarkan sebanyak 70 orang peserta yang mengikuti program ini tetapi yang hadir seramai 76 orang. Inilah kesedaran yang timbul di hati-hati setiap peserta yang dahagakan ilmu agama. Lebih-lebih lagi perkongsian ilmu. Sekolah yang terlibat seperti SMK Abdul Rahim I, SMK Abdul Rahim II, SMK Pekan I, SMK Pekan II, SM ST Peter Kudat, SM Teknik Kudat dan Pusat Latihan Dakwah Kudat. Para peserta di dedahkan dengan amali solat seperti bacaan dalam solat, keadaan badan ketika solat, perkara-perkara yang membatalkan solat dan banyak lagi. Semoga kesempatan yang sedikit ini memanafaatkan peserta dalam baiki lagi mutu solat mereka. Teruskan perjuangan anda di bumi Allah ini ( kudat ). Kita semua ada penerus kepada perjuangan bukan pemula mahupun pengakhir perjuangan. Waallah hu alam

0 comments:

Post a Comment