Monday, September 7, 2009

14 Ramadhan 1430, 04/09/09 ( Misi Dakwah )



Alhamdulillah... persatuan telah di jemput oleh pihak SMK Abdul Rahim I bagi mengisi kekosongan waktu ( pengisian selepas solat tarawih ). Syukur kehadrat Allah, Ramadhan pada tahun ini penuh bermakna. Misi Dakwah yang telah dirancang diteruskan meksipun sebelum ini, persatuan telah masuk kampung-kampung seperti Kg Minyak, Kg Suangpai, Kg Bak-Bak, Kg Perapat Darat dan beberapa Kampung akan menyusul. Persatuan yang telah dibantu oleh Ustaz Agus dalam menjiwai permasalah penduduk kampung. KUDAT memerlukan sesuatu gelombang perubahan, rungutan ini sentiasa didengari di corong-corong kampung dalam menantikan badan agama masuk ke kampung untuk menabur bakti sama ada dalam mempelajari Fardu Ain mahupun Fardu Kifayah. Misi Dakwah ini akan diteruskan sampai bila-bila. Insya-Allah, di bulan baik ini, keampunan dari Allah sentiasa dipinta. Ucapan terima kasih atas jemputan dari pihak SMK Abdul Rahim I, kami dari persatuan mengalu-alukan jemputan anda dalam menegakkan kalimah Allah. Takbir!!!!

0 comments:

Post a Comment