Sunday, December 19, 2010

0

Apa sudah jadi... Pelik tapi benar


I
Melihat dari papan tanda sebesar besar ini, yang teletak di jalan di utama SM ST Peter menjadi tanda tanya.. kenapa perlu ia disatukan.. bukan mahu untuk menyalatafsirkan tetapi kepana ia berlaku sebegini. Apa ertinya Orang menaiki Unta ?? apa ertinya dalam menyambut Hari Natal dan Tahun Baru ? adakah disamakan dengan Maal Hijrah!!! sedangkan dalam islam sendiri telah menyatakan dalam Al-Quran

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

(Surah Al-Kaafiruun)

Jadi sebagai seorang islam perlu ada rasa sensetif dalam hal agama.
0

Mesyuarat ke-5 ( Penutup Sesi 2010 )


Alhamdulillah, mesyuarat ke-5 dan penutup bagi Sesi 2010 telah berjaya dilaksanakan dimana beberapa perkara telah di sentuh. Kehadiran Dewan Harian memberikan sedikit sebanyak input dalam memperbaiki lagi PBMDK.

Thursday, November 4, 2010

1

Jemputan ke Majlis Walima YDP



Semua warga PBMDK di jemput hadir ke majlis Walima YDP PBMDK seperti tertera di atas.

Monday, September 6, 2010

0

Sajian di akhir ramadhan












Inilah sajian yang diberikan kepada warga muslim Daerah Kudat untuk menyambut syawal. 10 Malam terakhir umpama hari-hari biasa, Solat tarawih tidak dipedulikan lagi. Ada yang sanggup datang awal untuk semata-mata untuk mencari keseronokan. Duit dilaburkan agar selepas keluar dari pintu masuk akan dapat hasil yang lumayan. Azan Maghrib dan isyak tidak bermakna. Seruan muazin " حي على الصلاة", marilah mendirikan solat, telinga-telinga mereka di tutup rapi oleh muzik yang kuat. Ada di kalangan orang muslim kudat langsung tidak solat maghrib dan isyak semata-mata nak memanaskan punggung-punggung mereka di fanfair. Keberkatan ramadhan di ragut oleh tangan-tangan manusia yang tidak tahu menbezakan bulan ramadhan dan bulan-bulan lain. Bagi mereka, duit duit duit.... untung untung untung....

Mana perginya orang yang lantang berbicara...
Mana perginya umat islam kudat....
Mana perginya.... mana perginya...

Lelaki perempuan... yang bersuami ... yang beristeri sama sahaja.

Jika bukan bulan ramadhan, para iblis dan syaitan berkuasa.. tapi bulan ini.... bulan ramadhan.. hanya tinggal nafsu!!! Kamu memang hebat, Nafsu!!..

Kudat... bila lagi nak sedar ini...
tunggu puting beliung datang balik!!!
amaran tsunami di kumandangkan...

10 Malam terakhir ini telah tercemar pun..
kita masih tersenyum.. kita masih sepakat dengan mereka..
apakah jadah semua ini!!!!

Tidak cukupkan berlambak-lambak kes yang berlaku..
Tidak cukupkah kematian anak-anak kudat..
Tidak cukupkah.... Tidak cukupkah....

Oleh itu, berpesan-pesanlah kita ke arah kebaikan dan jangan berpesan-pesan ke arah kecelekaan. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..

Saturday, September 4, 2010

0

Program Sehari Bersama Anak-Anan Yatim


Gambar bersam pimpinan dan peserta lelaki
Bergambar bersama Puan Latifah, wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kudat yang sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kami bagi menjayakan Program Sehari Bersama Anak-Anak Yatim
YDP PBMDK mengingiri Ust Zaidi bagi menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim
Peserta tengah memilih pakaian yang sesuai untuk anak-anak yatim. Kelihatan mereka tengah memilih warna yang sesuai untuk mereka.
Peserta telah selesai memilih pakaian yang sesuai untuk anak-anak yatim dan tinggal membayar pakaian tersebut.

Peserta mencuba pakaian yang terbaik untuk anak-anak yatim. Dari 1 ruang ke 1 ruang sehingga mereka suka dengan pakaian tersebut.
Bakal bapa. hihihhi.. Memerhatikan anak-anak yatim ini memilih pakaian yang sesuai.
Ini pula LDK1 yang telah di kelola oleh pimpinan PBMDK

Gambar bersama peserta program dan anak-anak yatim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah telah melancarkan program yang telah dirancang ini dengan jayanya. Sekalu penghargaan kepada ahli PBMDK yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Kepada semua penyumbang, PBMDK mengucapakan ribuan terima kasih, kerana sumbangan tuan/puan, program hari ini berjalan dengan lancar. Zakat harta yang tuan/puan berikan itu digunakan sebaik-baiknya agar harta tuan/puan diberkati oleh Allah. Semoga Ramadhan pada tahun ini bererti bagi PBMDK khasnya dan semua umat islam amnya.. kepada jabatan kebajikan, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkerjasama dengan kami bagi menjayakan program ini. Semoga syawal yang akan menjelang ini bererti kepada semua orang lebih-lebih lagi anak-anak yatim ini.

Jom tengok

Wednesday, August 25, 2010

0

Sumbagnan Untuk Fakir Miskin, Kg Indarason Laut


Hadirin yang datang ke Majlis Penyerehan Sumbangan Fakir Miskin, kelihatan wakil dari Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Ust Rosdam dan Ust Fadzli
Sumbangan disampaikan oleh YDP PBMDK kepada ibu tunggal dan juga fakir miskin
Sumbangan untuk fakir miskin yang disampaikan oleh Cikgu Samad
Sumbangan diberikan oleh wakil Usrah Team, Cikgu Samad kepada fakir miskin
Ucapan oleh YDP Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat.

Gambar ini adalah diambil semasa Majlis Pelancaran Gerak Gempur Ramadhan yang mana baju putih itu adalah Pengerusi Masjid Kg Indarason Laut, Ustaz Asmaun dan di tengah-tengah itu adalah Cikgu Samad mewakili Usrah Team dan YDP Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat, saudara Azman Bin Madusin


Ucapan daripada YDP PBMDK

Saturday, August 14, 2010

0

Sumbangan Untuk Fakir Miskin


YDP bersama sahabat-sahabatnya lain bagi menjayakan lagi GERAK GEMPUR RAMADHAN 2010 di Masjid Al-Akmal, Masjid Landung Ayang, Kudat
YDP berbincang dengan Imam Rawatib, Masjid Al-Akmal, Masjid Landung Ayang.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa,
Sumbangan telah di agikhkan kepada fakir miskin yang terpilih sekitar kudat. Ust Rosdam mewakili Usrah Team telah menyampaikan sumbangan tersebut. Aik... Husnah pun ada.. ( yang duduk belakang Abih dia. )
Ha... nampakpun Husnah.. yang segak di bahagian belakang tu adalah Ust Fadzli Ahmad, Pegawai JAKIM dan di sebelah kanan adalah wakil dari JHEANIS iaitu Ust Jamli
YDP memberikan sepatah dua kata bagi pihak PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT kepada semua yang hadir yang mana ia telah menyentuh bahawa sumbangan yang telah di terima adalah sumbangan daripada sahabat-sahabat, guru-guru yang bersimpati, pihak masjid dan surau. Di harap selepas ini akan ada lagi sumbangan demi sumbangan akan di terima bagi meringankan beban fakir miskin.

Kepada sesiapa yang sudi berkongsi simpati dengan fakir miskin ini bolehlah berjumpa terus dengan pengarah program ataupun YDP PBMDK sendiri ataupun bank in terus ke akaun PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT, seperti tertera di atas sebelah kanak. Sumbangan amatlah digalakkan.

" Kenapa perlu kita sahaja yang bergembira, mereka juga patut bergembiara "

Wednesday, August 11, 2010

0

Persediaan untuk ziarah fakir miskin


Untuk pengetahuan semua pada hari sabtu ini, akan diadakan 1 majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada fakir miskin yang terpilih. Sumbangan ini hasil daripada sumbangan yang dikumpul daripada penyumbang-penyumbang yang dari Daerah Kudat, sama ada pihak masjid ataupun orang perseorangan. Berikut adalah tetatif program

jam 5.30 petang - Berkumpul di Masjid Landung Ayang
- Ucapan Penganjur
- Sumbangan Diberikan kepada fakir miskin yang terpilih
jam 6.29 petang - Solat Maghrib berjemaah
- Bersurai

Sumbangan masih diperlukan untuk sumbangan minggu hadapan.
0

Edar Risalah Gerak Gempur Ramadhan


Syukurlah walaupun kehadiaran ahli yang tidak ramai tetapi tetap berjalan dengan lancar. Di harap Edisi ke-2 nanti dapat berjalan dengan jayanya. Edaran yang pertama ini sebanyak 900 keping sahaja. Terima kasih atas sumbangan NISA Kudat kerana membantu dalam menjayakan Gerak Gempur Ramadhan kali ini. PBMDK mengharapkan sumbangan dari semua pihak, baik kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan..

Teruskan perjuangan..

Thursday, August 5, 2010

0

Jom bersama PBMDK dalam misi GERAK GEMPUR RAMADHAN


Semua ahli persatuan bersiap sedia untuk mengimarahkan lagi bulan ramadhan

Monday, July 12, 2010

0

Lawatan ke rumah TYDP serta memberi sumbangan






Pimpinan PBMDK dan beberapa sahabat dari Team Usrah telah menziarah rumah TYDP serta menghulurkan sumbangan sedikit untuk meringankan beban keluarga TYDP walaupun sumbangan tidak seberapa.

Thursday, June 17, 2010

2

KURSUS BELAJAR ASAS BLOG




Jom daftar, bagi pelajar sekolah RM15 dan yang sudah berkerja RM25
rugi tak daftar

jumpa dengan YDP PBMDK ( Azman Bin Madusin ) untuk pendaftaran

TUTUOR Kursus
Azman Bin Madusin

Tuesday, May 25, 2010

0

Terima Sumbangan Daripada Dato Rahim Bakri



Terima Sumbangan Daripada Dato Rahim Bakri sebanyak Rm2,000.00

Wednesday, April 21, 2010

0

Sungai Dalam Lautan










"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi
Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Saturday, April 3, 2010

1

Ziarah Qariah di Pulau Banggi


Cenderamata yang disampaikan oleh Ust Fadzli kepada Imam Masjid Daerah Pulau Banggi.
YDP PBMDK bergambar dengan pokok yang telah di tanam oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa pecah tanah FELCRA
Slot ke-7, Ziarah ke kawasan FELCRA Pulau Banggi
Bergambar dengan penerima sumbangan dari PBMDK
YDP PBMDK sempat bergambar dengan warga emas ( saudara baru )

Slot ke-6, menyampaikan sumbangan daripada PBMDK kepada warga kampung ( tak ingat nama kg.. hihihih ) yang mana rata-rata penerima adalah Saudara Baru yang berbangsa Dusun Banggi. Sumbangan sebanyak 26 kampit beras. Walaupun sedikit tetapi ia cukup bermakna kepada mereka dan sambutannya amatlah menggalakkan.

slot ke-5, Ziarah penduduk kampung yang berhampiran.Bergambar di hadapan Madhrasa.

Slot 4, Pengisian subuh yang telah diambil oleh Cikgu Roslan dan berbincangan sesama peserta program

Bergambar bersama dengan AJK Masjid Lok Tohok selepas forum " Indahnya bersama Islam"

Slot ke 3.2 di isi dengan forum di Kg. Lok Tohok, slot yang serentak di buat. yang mana ahli panelnya ialah Ust Fadzli dan Ust Tengku

Ust Rosdam juga mengambil bahagian dalam memberi penerangan kepada pelajar-pelajar SMK Banggi

Slot yang ke-3.1 YDP PBMDK memberi penerangan tentang PBMDK yang mana akan menubuhkan cawangan bagi Pulau Banggi dalam masa terdekat ini. PBMDK menyebarkan lagi sayapnya ke Pulau Banggi. Kawasan Matunggung sudah berdaftar di bawah PBMDK iaitu Kg Indarason Laut.

Pelajar SMK Pulau Banggi yang mendengar taklimat.

makan petang di Tanjung ..... ( tak ingat nama tempat ).. hihiihih.. main bakar-bakar.. hihih.. makan ikan pari..

Ust Rosdam bergambar dengan puteri kesayangannya yang ikut menjayakan program ziarah qariah.

Makan di Restoran Terapung Pulau Banggi
Bergambar di pintu hadapan Masjid Daerah Pulau Banggi

Bergambar dengan AJK Masjid Daerah Pulau Banggi.

Slot ke-2 yang di isi oleh Ust Fadzli, kuthbah jumaat

Slot pertama di isi oleh Ust Rosdam, tazkirah sebelum Solat Jumaat.

Rombongan ziarah qariah yang tengah kelaparan.. hihihi... menunggu makanan sampai.

Menunggu sahabat-sahabat yang lain....

Menaiki kereta sewa ( air-cond free ).. hihihih...

Tiba di Jeti Feri Pulau Banggi

Dalam feri, bertolak dari kudat ke pulau banggi
Skued yang ikut program Ziarah Qariah bertolak jeti Feri Kudat-Banggi.