Tuesday, June 30, 2009

0

Kesan-kesan H1N1



Swine influenza virus (SIV) atau virus flu babi merupakan hasil perkembangan dari virus flu burung. Sebelumnya virus flu burung (H3N2) sudah pertama kali muncul di China dan mulai menjangkit babi di Vietnam. Hal ini tentu akan menimbulkan jenis virus flu burung yang baru. Perkembangan virus flu burung sangat cepat yaitu :
mulai dari :
H2N2 -> H3N2 [ termasuk avian flu ]
sampai data akhir yg ditemukan :
H1N1 <-> H1N2 <-> H3N1 <-> H3N2 <-> H2N3 [ termasuk swine flu ]

Tanda-tanda penyakit

1. Demam yang muncul tiba-tiba
2. Batuk
3. Kekejangan otot-otot
4. Sakit kerongkong dan kelelahan yang berlebihan.
Namun selain itu, virus flu babi ini juga membuat pesakit muntah-muntah dan diare

Badan Kesihatan yg bergerak dalam bidang ini adalah Center for Disease Control and Prevention ( CDC ) dan World Health Organization ( WHO )
website : http://www.cdc.gov/swineflu/

Kini, virus ini telah muncul di Kudat. Dan dengan munculnya virus ini akan menyebabkan kematian yang sangat banyak. Kenapa?

1. Lingkungan Tempat tinggal yang kurang bersih
2. Jumlah penduduk yang banyak

tapi jangan khawatir

Terkait wabah flu babi yang menyebar di Meksiko, Amerika Serikat, dan Selandia Baru, pemerintah menggelar rapat koordinasi lintas sektor di ruang rapat Menko Kesra, Senin (27/4) pagi.

Mereka yang telah hadir dan dijadwalkan akan hadir adalah dari Departemen Perhubungan, Departemen Kesihatan, Polri, Departemen Dalam Negeri, Departemen Kebudayan dan Pariwisata, Departemen Pertanian, Departemen Keuangan, serta Departemen Luar Negeri.

"Kami akan rapatkan, dan langkah-langkah apa yang akan diambil oleh Indonesia (terkait dengan flu babi)," ungkap Menko Kesra Aburizal Bakrie saat ditemui menjelang rapat koordinasi di kantornya, Jakarta, Senin (27/4).

Lebih lanjut ia mengatakan bahwa secara internasional negara-negara sudah diperingatkan, termasuk Indonesia. Untuk itulah rapat ini digelar. Dalam rapat ini, katanya, akan didengar laporan dari berbagai departemen, khususnya dari Menteri Kesehatan, apakah flu babi ini seperti flu burung....(http://nasional.kompas.com/read/xml/2009/04/27/11120229/cegah.flu.babi.pemerintah.gelar.rapat.koordinasi)

Sebaiknya... kita harus melakukan langkah-langkah baik agar terhindar dari virus babi itu dengan cara :

1. Hidup bersih
2. Peduli lingkungan
3. Jaga kesehatan
4. Berdoa

Langkah - langkah yang disarankan CDC
1. Tutupi hidung dan mulut Anda dengan tisu jika Anda batuk atau bersin. Kemudian buang tisu itu ke kotak sampah.
2. Sering-seringlah mencuci tangan Anda dengan air bersih dan sabun, terutama setelah Anda batuk atau bersin. Pembersih tangan berbasis alkohol juga efektif digunakan.
3. Jangan menyentuh mulut, hidung atau mulut Anda dengan tangan.
Hindari kontak atau berdekatan dengan orang yang sakit flu. Sebab influenza umumnya menyebar lewat orang ke orang melalui batuk atau bersin penderita.
4. Jika Anda sakit flu, CDC menyarankan Anda untuk tidak masuk kerja atau sekolah dan beristirahat di rumah.
(http://www.detiknews.com/read/2009/0...ndari-flu-babi)



Buat flu singapore merupakan flu yang disertai sariawan.Tapi jika tidak diobati akan jadi parah.



Flu Singapore atau nama lainnya penyakit hand, foot and mouth atau penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (TKM) yg biasa menyerang anak kecil.
Untuk orang dewasa juga harus waspada terhadap penyakit ini. Mungkin virus ini jarang menginfeksi orang dewasa karena kekebalan imun yang kuat daripada anak kecil.

Gejala - GejalaHand, foot and mouth disease (HFMD)

1. Demam tinggi lebih dari 38% lebih,selama dari 2 hari
2. flu
3. sesak napas
4. kejang-kejang
5. ulkus
6. sariawan pada rongga mulut, lidah, dan kerongkongan.

Perkembangan sehingga saat ini

"Penyakit ini biasanya akan sembuh dengan sendirinya dalam sepekan. Namun sejumlah kecil kasus bisa menjadi mematikan. Khususnya karena komplikasi syaraf, seperti encephalitis dan meningitis.
Virus yang juga telah sampai ke Indonesia dengan menulari beberapa anak di Depok ini, sangat menular. Penularannya melalui kontak langsung dengan hidung, air liur, cairan ruam dan perkakas yang digunakan penderita."(http://www.detiknews.com/read/2009/0...k-di-singapura)

Cara pencegahan

Mencuci tangan dengan teliti terutama setelah membersihkan hidung, menggunakan toilet atau mengganti popok. membersihkan seluruh bagian tangan dan kaki terutama bagian kuku yang sering menjadi sarang bagi kuman.

kalo ada kesalahan mohon dimaklumi...

Sunday, June 28, 2009

1

Kursus Penghayatan Islam 2009


Alhamdulillah.. berakhir jua Kursus Penghayataan Islam 2009. Sebanyak 8 buah sekolah dan PLD telah menghantar peserta seperti berikut :-
  • Sekolah Menengah Teknik
  • Sekolah Menengah Sikuati
  • Sekolah Menengah Pekan I
  • Sekolah Menengah Pekan II
  • Sekolah Menengah Abdul Rahim I
  • Sekolah Menengah Abdul Rahim II
  • Sekolah Menengah Lok Yok
  • Sekolah Menengah St Peter
  • Pusat Latihan Dakwah Kudat
Program ini telah di atur dan mengikut keperluan semasa. Sebanyak 3 Ceramah, 4 tazkirah dan 3 LDK dan X-plor telah dibuat. Kepada peserta kursus buatlah kerja tambahan yang telah diberikan. Semoga program ini menjadi detik permulaan perubahan pada diri semua yang terlibat baik dari ajk, fasi mahupun peserta. Program ke-2 akan menyusul pada akan datang... buat yang terbaik... selamat berjuang. Jom tengok imbasan program...



0

Allah bagi peringatan kepada warga Kudat..


Kudat dilanda musibah dan peringatan daripada Allah ???.. Allah telah menunjukkan kekuasaannya ke atas hamba-hambaNya yang beriman. “ Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. Tapi kudat masih lagi terlena dengan tanda-tanda semua ini. Tanda-tanda itu ialah Allah telah tunjukkan kepada warga kudat, air laut naik sampai ke pekan kudat. Parit-parit melimpahkan air laut di sekitar pekan kudat. Penyakit H1N1 juga telah sampai ke kudat, mana perginya kesedaran warga kudat??? Belia-beliawanis kudat masih lagi dengan tren mereka masing-masing, terbawa-bawa tren barat. Dari segi pakaian, cara pergaulan dan banyak lagi. Ini juga adalah peringatan kepada warga Kudat. Wahai warga kudat, sedarlah.... pasti akan hampir bala Allah pada kita. Bila-bila masa sahaja ia akan mengambil kembali haknya dari kita. Kembalikan kegemilangan islam. Mahukan kudat di samakan dengan kaum-kaum yang Allah telah binasakan dan digantikan dengan kaum-kaum yang lebih baik!!!!

Tuesday, June 23, 2009

0

Rejab kembali lagi tahun ini...



FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Rabu bersamaan 24 Jun 2009 (1 Rejab 1430 H).

SALAM SEJAHTERA PADA SEMUA WARGA KUDAT SEKELIAN. MARILAH SAMA-SAMA KITA JADIKAN RENUNGAN PADA BULAN REJAB


FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Rabu bersamaan 6 24 Jun 2009 (1 Rejab 1430 H). Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
Wasallam.

-azman-

Saturday, June 20, 2009

0

Selamat Hari Ayah...



Ayah,
Jika hari ini aku lupa tentang usiaku
Tegurkan aku dengan raut wajah jernihmu
Pukullah aku dengan kata-katamu
Marahilah aku dengan kesabaranmu

Ayah,
Rumah ini penuh dengan kenangan,
Tanah ini penuh dengan debu-debu igauan
Pepohan ini jadi saksi antara kita
Untuk mengutip bijian permata kebahagian

Ayah,
Sucinya air matamu
Manisnya keringatmu
Teguhnya hatimu dalam perjuangan mendidikku

Terima kasih ayahku...- azman
0

Dunia Ilmu masih kurang di mata warga kudat


Hari ini kita melihat, dunia ilmu agama di mata warga kudat masih kurang. Banyak majlis-majlis ilmu di sediakan baik secara besar-besaran mahupun secara kecil-kecilan. Wabak ini amat-amat meruncingkan lebih-lebih lagi golongan belia. Golongan yang mana Nabi sebutkan dalam satu hadisnya " kalau kita nak lihat generasi pada masa akan datang...lihatlah generasi pada zaman sekarang", hadis sahih. Belia kudat perlukan sesuatu. Masjid-masjid menyediakan kuliah-kuliah agama, baik dari sudut ibadah, hadis, akidah dan lain-lain lagi, tapi malangnya kehadiran amat sedikit. Kebanyakan yang hadir adalah dari golongan tua. Bangunlah wahai pewaris-pewaris kudat!!!!.... kamu diperlukan... Ilmu agama adalah tulang belakang kepada kita sebagai garis panduan dalam melakasanakan tugas-tugas harian.. "Rapatkan soff, penuhkan barisan, ingat!! ratakan tumit kaki belakang semoga syaitan tidak dapat menembusi barisan kita".
0

Perjumpaan ke-4



Hari ini, 20/06/2009 telah di adakan perjumpaan antara fasilatator dengan pengerusi program. Di mana perjumpaan ini banyak membincangkan tentang perjalanan program yang akan di buat pada 26, 27 dan 28 Jun 2009. Perkara yang dibincangkan ialah seperti, Modul LDK yang hendak digunakan pada program tersebut, kos yang diperlukan dan penerangan tentang tugas-tugas ajk yang di beri amanah. Perjumpaan ini selesai sebelum solat asar.

Wednesday, June 17, 2009

0

Perjumpaan Ke-3



Pada 16/06/2009 satu perjumpaan antara ajk tertinggi program telah di adakan di Masjid As-Syakirin Kudat. Ia telah di hadiri oleh Pengerusi, Tim. Pengerusi, Bendahari, Setiausaha program,ustaz Jais, ajk muslimat dan fasilitator. Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan tentatif program dan pembahagian bidangkuasa program. Ia juga melibatkan penceramah yang di jemput sama ada dalam slot ceramah mahupun tazkirah. Sebanyak 3 slot untuk ceramah, 4 slot untuk tazkirah dan 3 slot untuk LDK di bincangkan. Selain dari itu, Ust Fadzli telah menerangkan hala tuju program ini di adakan. Ust Jais juga telah memberi pendapat tentang perjalanan program ini. Target program ini adalah pelajar yang berusia 14 hingga 17 tahun. Sebanyak 8 buah sekolah yang terpilih iaitu Sekolah Menengah Sikuati, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Abdul Rahim I, Sekolah Menengah Abdul Rahim II, Sekolah Menengah Pekan I, Sekolah Menengah Pekan II, Sekolah Menengah St Peter dan Sekolah Menengah Lok Yok. Semoga Program ini berjalan dengan lancar.

Monday, June 15, 2009

0

Program Berkhatan




14/06/2009 telah di adakan 1 program berkhatan beramai-ramai yang di adakan di Masjid As-Syakirin, Kudat. Program yang di anjurkan oleh penggerak dakwah sabah yang di ketuai oleh Ust Agus dan sahabat-sahabat yang lain. Program musim cuti sekolah. Seramai 70 orang ( kanak-kanak dan belia ), para peserta adalah dari kawasan kudat dan matunggong. Program ini telah di rasmikan oleh ADO Kudat, Tuan Hj Saleh Bin Hj Ali Akbar. Program yang bermula jam7 pagi dan berakhir jam 6.20 petang.

Sunday, June 14, 2009

0

Bersama Ust Farhan Al-Hafiz




Gerakan Islam telah mula mendapat sambutan di hati orang-orang kudat. Biarpun sedikit tapi berkesan. Ust Farhan Al-Hafiz telah meluangkan masanya walaupun beliau sibuk dalam urusan-urusan yang lain. Malam 13/06/2009 beliau membuat ceramah di Masjid Ar-Riyasi Kg Tanjung Kapor, Kudat. Masa inilah pihak masjid mengambil kesempatan untuk mengadakan ceramah untuk penduduk setempat. Dalam ceramah beliau menekankan tentang apa sebenarnya matlamat hidup kita di muka bumi ini. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang alam yang perlu di harungi oleh setiap manusia. Dengan santai beliau menerangkan tentang peringkat-peringkat kejadian. Kehadiran malam itu bolehlah dikatakan mengalakkan. Untuk mengenali lagi tentang Ust Farhan bolehlah melawat ke http://www.tahfizbestari.com/, daripada seorang pendakyah kepada seorang pendakwah. Ceramah pada malam itu diakhiri dengan solat isyak berjemaah dan jamuan ringan. -azman

Friday, June 12, 2009

0

Membaca Yasin jadikan amalan


Semalam 11-06-2009 bersamaan dengan hari khamsi malam jumaat, saya dengan beberapa sahabat-sahabat lain telah di jemput menghadiri majlis bacaan yasin di Masjid Polis Daerah Kudat sekali dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ust Agus. Intipati tazkirah yang di sampaikan oleh Ust Agus berkenaan dengan Amanah selaku kalifah di muka bumi, sama ada seorang guru,penjawat awam, polis, ibu bapa, anak dan sebagainya. Peyampaian cukup jelas tentang tanggungjawap sebagai seorang kalifah. Allah mengangkat martabah kalifah ( manusia ) daripada kalangan hamba-hambaNya untuk membuktikan bahawa Allah Maha Kuasa.

Setelah selesai tazkirah, kami sama-sama solat isyak berjemaah dengan warga polis yang hadir malam itu. Kami di beri jamuan malam bersama warga polis sambil cerita-cerita. Ya Allah, bila dapat tahu keadaan kudat ini dari pegawai-pegawai polis, cukup menyentuh hati saya. Remaja kudat dalam keadaan tenat. Bak pepatah pak polis " Di rumah di tolak, di luar di tarik " Inilah keadaan remaja kudat masa ini. Siapa yang patut di salahkan??? Bila melihat keadaan remaja kudat, lebih-lebih lagi hari sabtu ( hari remaja ), pelik-pelik remajanya. Budaya siapa yang di ikuti?? Banyak perkara yang dikongsikan pada malam itu.

Saya terfikir golongan remaja yang memahami hati remaja. Maka bagi saya, remaja yang dapat mengubah remaja itu. Maksudnya kena ada segelentir yang perlu tampil. Tapi siapa yang mahu tampil?? Dari mana datangnya golongan itu?? Ya Allah, jika Engkau lahirkan golongan itu di kudat, maka Engkau lahirkan ia dalam Fikrah Islammiyah. Secara kesimpulannya, saya mengharapkan warga islam kudat bersama-sama berjuang mempertabatkan budaya islam di muka bumi Kudat ini. Dengan adanya persatuan ini, maka kalangan remaja islam kudat dapat disatukan. Inilah salah satu matlamat persatuan ini ditubuhkan. Dari remaja untuk remaja-azman

Tuesday, June 9, 2009

0

Keadaan Asrama Dakwah Kudat




Inilah keadaan asrama dakwah ketika ini. Ia memerlukan belanaja untuk menghidupkan kembali zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Asrama ini yang mana memuatkan 3 kelas besar, 3 tandas, bilik warden dapur dan tempat rehat. Kepada sesiapa yang sudi menderma, kami sangat-sangat mengalu-alukan. Sekian terima kasih- Azmanpks

Monday, June 8, 2009

0

Asrama Dakwah jadi pemangkin dakwah di Kudat



Asrama Dakwah inilah akan menjadi suatu insprasi kepada sesiapa sahaja yang mencintai ilmu agama. Dahulunya ia adalah tempat tinggal golongan saudara baru, tapi kini tinggal kosong. Dengan kebangkitan golongan muda ini, Insya-Allah, ia menjadi sebuah pusat ilmu pada suatu hari nanti. Sekarang ini dalam proses permohonan baikpulih peralatan dan bahan-bahan yang tidak lengkap. Bulan Ramadhan tahun ini, asrama dakwah akan di hidupkan kembali. Kepada sesiapa yang sudi mendermakan untuk pembangunan asrama dakwah ini amat-amatlah di alu-alukan. Kami sangat mengharapkan sokongan dan bantuan dari sesiapa sahaja. Jika berminat hendak menghulurkan derma sila ke ruangan hubungi kami. Azman

Saturday, June 6, 2009

0

Cawangan Persatuan



Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat menpunyai 5 kawasan utama, iaitu Kudat, Matunggong, Kota Marudu, Pitas dang Pulau Banggi. Persatuan akan berusaha untuk membuat cawangan setiap kawasan tersebut.

Friday, June 5, 2009

1

selamat datang ke blog Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat