Sunday, August 30, 2009

0

Malam Kemerdekaan di Kudat


us



Masjid dan surau dipenuhi oleh golongan yang ke-1 dan ke-2 ( orang tua dan berumur) dan sedikit sahaja golongan yang ke-3 ( belia dan beliawanis ). Ini kerana golongan ke-3 ini telah membanjiri Expland Sidik yang mana mereka berkumpul-kumpul mengikut kumpulan masing-masing sambil membawa bendera Sabah dan Malaysia. Lebih menyedihkan lagi, pemakaian mereka telah mencemarkan lagi kesucian bulan Ramadhan. Purata yang hadir pada Malam Kemerdekaan ( semalam ) adalah 90 hingga 98% adalah yang beragama ISLAM. Inilah erti kemerdekaan yang mereka carikan. Sambil memegang minuman keras, berteriak, membunyikan mercun dan macam-macam kerenah lagi. Golongan yang bergelar pelajar pun adalah satu golongan yang paling ramai. Bermacam-macam ragam. Mereka merasakan bahawa mereka sudah merdeka. Inilah budaya yang telah menusuk ke dalam hati-hati golongan muda di kudat. Tanpa menghiraukan batas-batas syariat, malah merasa bangga lagi bila mereka berpakaian seksi sehinggakan mata-mata yang lalu sempat menjeling ke arah mereka. Terima kasih kepada penguatkuasa ( polis ) yang sanggup menjaga keamanan kudat. Mungkin tanpa mereka akan berlaku lebih teruk lagi.
Golongan muda kudat makin tenat, mereka telah memilih jalan yang salah. Mereka telah di tarbiah ke arah kemaksiatan. Siapa yang di persalahkan???? Bukan untuk menunding jari tapi sama-sama mencari satu formula yang terbaik agar akan ada satu gelombang perubahan ke arah kebaikan. Semua pihak kena membuka mata agar perkara ini tidak menjadi barah yang susah diubati lagi.
Bulan Ramadhan telah dicemari oleh golongan ke-3. Sebelah pagi berpuasa tetapi sebelah malam mereka berpesta. Andaikata Allah turunkan bala bencana pada malam kemerdekaan ( semalam ) pasti semua golongan akan terpalit sama. Inilah golongan yang di katakan sebagai syaitan nyata. 11 bulan di ajar ke arah maksiat, sebulan ini tidak mampu untuk mengubah melainkan atas dasar kesedaran dan hidayah daripada Allah.

Salam Kemerdekaan dari kami warga Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat untuk semua warga kudat khususnya amnya rakyat Malaysia. Jadikan kemerdekaan tahun ini sebagai wacana perubahan ke arah yang lebih baik.
0

Sambutan Ramadhan Di PLDK




PLDK menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dengan cara menganjurkan Festival Kesenian Islam seperti tulisan Qhad, Tilawah Al-Quran dan juga Nasyid. Di mana, ia diadakan di Dewan Besar PLDK. Semua peserta terlibat. Walaupun sederhana tetapi tetap meriah. Kehadiran persatuan belia muslim menambah kemeriahan festival tersebut. Di harap warga kudat membuka mata, agar festival seumpama ini patut di adakan di Daerah Kudat, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga akan ada satu gelombang perubahan ke arah keIslaman di mata warga kudat.

Thursday, August 27, 2009

1

Ceramah Ramadhan di Kg Muhibah..


Persatuan telah di jemput untuk memberi ceramah di Kg Muhibah yang mana kehadiran peserta ketika itu kebanyakkan orang-orang tua. Tidak kelihatan golongan muda-mudi yang hadir. Program ini adalah pemimpin bersama rakyat, turut hadir wakil daripada Yayasan Sabah, golongan politik dan juga penduduk kampung. Program ini selesai sebelum majlis berbuka puasa. Ahli persatuan hanya sempat solat berjemaah maghrib sahaja kerana selepas maghrib bertolak ke Kg Minyak untuk solat tarawih berjemaah bersama penduduk Kg Minyak. Selepas solat tarawih, tazkirah ringkas telah di sampaikan oleh Ust Agus. Sekitar jam 9.20 mlm bertolak balik ke rumah masing-masing.

Monday, August 24, 2009

0

Misi Ke-2 pun berjaya...



Segala Puji Bagi Allah yang menurunkan hujan dari langit, yang mengadakan yang tiada dan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Sekalung kesyukuran dan sujud syukur kehadratNya kerana memberi ruang dan peluang kepada pencinta agama untuk berjuang dalam menegakkan islam di bumi kudat. Kejayaan Siri ke-2 ini adalah bertambahnya pecinta agama dalam menyebarkan agama dalam bentuk risalah. Siri ke-2 ini, pihak persatuan telah mengeluarkan sebanyak 800 keping untuk di edarkan di bazar ramadhan. Alhamdulillah, edaran risalah ramadhan yang bermula jam 4.50 petang telah selesai pada jam 5.30 petang.

Dengan raut muka yang santai sambil memberi risalah satu kejayaan pada hari ini, risalah ramadhan siri yang ke-2 ini boleh di perolehi di bahagian bahan kongsi. Pihak persatuan mengharapkan bahan-bahan ini bolehlah di download dan diedarkan kepada sesiapa sahaja. Berdakwah melalui risalah.

Kepada pecinta agama, kita akan turun ke bazar ramadhan lagi pada minggu hadapan iaitu pada hari isnin 31 Ogos 2009 ( tertakluk pada perubahan ). Kudat perlukan perubahan, maka kita yang mempunyai kesedaran perlu bangun dalam lena supaya kita tidak lagi terus terlena dan dibuai mimpi. Belia muslim perlu bangkit, kerosakan belia telah berluluasa di kudat. Maka, ia adalah 1 tanggungjawap kita semua. Bergerak berjemaah bukan bergerak seorang. Lahirkanlah keikhlasan dan tanggungjawap pada diri kita dalam mengenang nasib belia kudat pada masa akan datang. Ia hanya dapat di ubah oleh belia pada hari ini. Yakinlah hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita semua. Jadi, apa-apa berlaku kena pengang tali Allah, jangan lepaskan ia walaupun nyawa kita menjadi taruhannya. Takbir!! 3x....

Tuesday, August 18, 2009

2

Misi Pertama Berjaya...


Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan gerak gempur ramadhan. 1 usaha dalam menjayakan lagi misi dakwah bil hal di daerah kudat. Tidak ketinggalkan jua kepada warga kudat yang memberi sokongan untuk menjayakan misi ramadhan ini. Misi ini tidak terhenti di sini sahaja, malah ia akan ada lanjutan pada masa akan datang. Jika sesiapa yang belum dapat Risalah Ramadhan ( Cahaya Ramadhan Siri 1 ) bolehlah download di ruangan bahan kongsi. Risalah ini di cetak sebanyak sekitar 600 keping sahaja untuk permulaan. Insya-Allah, siri yang akan datang akan di tambah lagi kepada nilai yang lebih tinggi. Kepada sesiapa yang sudi memberi sumbangan untuk menjayakan misi dakwah ramadhan ini bolehlah berhubunga terus dengan saudara Azman Bin Madusin di talian 019-8714941. Kepada semua peserta, teruskan perjuangan anda, perjuangan anda baru bermula. Jangan menoleh ke belakang lagi. Kudat perlukan wacana baru dalam mengenal erti sebuah kehidupan harmoni yang berlandaskan syariat Allah.

Hari ini lebih baik dari hari kelmarin,
dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Takbir!!
Allah hu Akbar...
Allah hu Akbar...
Allah hu Akbar...

Saturday, August 15, 2009

0

Persatuan sudah ada dalam senarai ROS


Syukur ke hadrat Allah, kerana memberi peluang, ruang, masa dan ketabahan kepada Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat, ahkirnya mendapat jua perkenaan dari pihak ROS kini tinggal menunggu sijil sahaja dari pihak ROS. Perkara ini boleh di lihat di ROS (masukkan nama PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT )yang mana napa Persatuan telah di daftarkan. Kini bermulalah satu gelombang perubahan kepada belia dan beliawanis untuk lebih mendekati kepada Agama Islam yang syumul. Dengan kekuatan yang sedikit dan di bantu oleh golongan yang berpendidikan dan berpengelaman di harap Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat dapat bergerak ke arah matlamat yang sebenar. Antara matlamat Persatuan adalah seperti berikut:

(1) Mempertabatkan budaya cintakan islam di kalangan belia muslim di kawasan Daerah Kudat yang mana merangkumi kawasan Pitas, Kota Marudu, Matunggon, Kudat dan Pulau Banggi.
(2) Memberi kesedaran kepada para belia tentang tuntuan agama islam sama ada Fardu Ain dan Fardu Kifayah.
(3) Melahirkan generasi muda yang berwibawa, berketrampilan baik dari segi akhlak dan mengurangkan gejala sosial dari kalangan belia muslim di Daerah Kudat dengan cara penyediaan modul-modul ( Latihan Dalam Kumpulan ) yang sesuai mengikut tahap belia itu sendiri.
(4) Mengalakkan lagi para belia melaksanankan dan meningkatkan aktiviti kesukanan, kebajikan, kebudayaan dan aktiviti sosial yang lain berlandaskan tuntutan agama islam.
(5) Berdamping dan mendekati para pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah agar dapat membantu mereka dari segi kongseling dan memberi kesedaran kepada mereka tentang hala tuju mereka semasa dan selepas sekolah.
(6) Berkerjasama dengan mana-mana persatuan yang berdaftar demi untuk memupuk persahabatan melalui integrasi nasional.

Ini adalah matlamat ataupun dasar perjuangan Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat, di harap warga muslim kudat dapat merelalasikan perjuangan Persatuan. Di harap Sijil pengesahan dari Pihak ROS dapat disegerakan. Sujud syukur kehadrat Allah di dahulukan.

Takbir!! Takbir!! Takbir!!!
Allah hu Akbar!!
Allah hu Akbar!!
Allah hu Akbar!!
0

Budaya Kenduri Menjelang Ramadhan



Budaya kenduri di ahkir sya'ban telah menjadi suatu tradisi warga kudat. Sana sini terasa bahangnya. Tok imam dan ustaz-ustaz siap di jemput 2 atau 3 hari sebelum kenduri lagi, takut-takut di tak dapat datang. Boleh dikatakan setiap hari ( 10 terakhir sya'ban ) rumah-rumah menyediakan juadah. Inilah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang islam bila tibanya bulan ramadhan. Jadikan bulan ramadhan tahun ini lebih baik daripada ramadhan tahun lepas.

Wednesday, August 12, 2009

0

KPI Siri 2 pada 9 Ogos 2009


Alhamdulillah, KPI siri II berjaya jua akhirnya. Seramai 70 peserta terdiri daripada beberapa sekolah dan Pusat Latihan Dakwah Kudat. Fokus utama KPI Siri II ini adalah untuk mengenal erti Jemaah dalam berbagai sudut. Perbincagan antara Naqib dan ahli kumpulan. Selain itu perserta di berikan buah tangan seperti Solat Hajat dan Solat Duha berjemaah. Peserta di bagaikan kepada 10 kumpulan iaitu Al-FAHM, AL-IKHLAS, AL-AMAL, AL-JIHAD, AT-TADHIYYAH, AT-THA’AH, AT-TSABAT, AT-TAJARRUD, AL-UKHUWWAH DAN ATS-TSIQAH

Teruskan perjuangan sebagai Dai'e di bumi kudat

Takbir!!

Tuesday, August 11, 2009

0

Ruhiyah UPSR 2009 pada 08 Ogos 2009


Majlis ini di adalahkan di Sekolah Rendah Langung Ayang Kudat yang mana program ini adalah program motavasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Seramai 28 pelajar yang terlibat iaitu seramai 11 pelajar lelaki dan 17 pelajar perempuan. Di mana pengisian program ini banyak kepada penyediaan diri dalam bentuk rohani sebelum menduduki peperiksaan. Pihak persatuan telah di jemput untuk mengisi beberapa slot. Pihak persatuan akan mendoakan agar peserta program Ruhiyah UPSR ini mendapat keputusan yang cemerlang. Baik dari segi keputusan peperiksaan mahupun ahklak sebagai seorang pelajar dan hamba Allah yang taat. Teruskan perjuangan, kepada sekolah-sekolah di sekitar Daerah Kudat yang ingin membuat program seumpama ini dan ingin berkongsi dengan persatuan, pihak persatuan mengalu-alukan kerjasama dari pihak sekolah. sila lawat klik sini untuk melihat gambar-gambar semasa program tersebut.
0

Nisfu Sya'ban 4 Ogos 2009
















Berbekalkan lampu minyak tanya, amalan Nisfu Sya'ban tidak menjadi halangan kepada Kg Bangau, Sikuati yang mana kebanyakan penduduk kampung adalah mualaf. Golongan yang mana memerlukan bimbingan agama. Kunjungan persatuan bersama dengan Ust Agus di sambut dengan meriah. Meksipun kehadiran kami lewat, bilal Surau Al-Falah menanti juga kehadiran kami petang itu. Pengisian Nisfu Sya'ban telah di berikan oleh Ust Agus. Kemeriahan pada malam itu tidak dapat dilupakan. Sama-samalah kita mendoakan agar Surau Al-Falah mendapat kemudahan asas dengan cepat, agar ia dapat digunakan dengan cepat lebih-lebih lagi bulan ramadhan yang tak lama lagi. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan untuk pembanganunan Surau Al-Falah sila lawat ke www.suraualfalah2009.blogspot.com, dan berhubungan dengan saudara zahari selaku pengerusi surau al-falah, kg bangau. Setiap sumbangan anda amat-amat di perlukan, Ingatlah bahawa selagi mana ia dibelanjakan untuk agama Allah, sudah pasti ia akan mendapat pahala yang amat besar, meksipun telah meninggal dunia. Pahala tersebut akan sentiasa mengalir selagi mana ia digunakan. Waallahhualam.

Monday, August 3, 2009

0

Peringatan!!!!


Semua fasi-fasi KPI Siri I, di minta untuk berkumpul pada hari jumaat ini selepas solat asar, perbincangan tentang program KPI Siri II. harap maklum...

kepada perserta yang akan mengikuti program KPI Siri II, pihak penganjur memohon agar setiap peserta menyediakan wang sebanyak RM2.00 untuk seorang untuk membantu melancarkan lagi program tersebut. Kepada peserta yang mengetahui perkara ini, sila beritahu kepada rakan-rakan yang terpilih. Untuk mengetahui lebih lanjut sila telefon dan berjumpa dengan Abg Azman untuk mengetahui tentang program ini. sekian terima kasih.. wassalm