Sunday, August 30, 2009

Malam Kemerdekaan di Kudat


us



Masjid dan surau dipenuhi oleh golongan yang ke-1 dan ke-2 ( orang tua dan berumur) dan sedikit sahaja golongan yang ke-3 ( belia dan beliawanis ). Ini kerana golongan ke-3 ini telah membanjiri Expland Sidik yang mana mereka berkumpul-kumpul mengikut kumpulan masing-masing sambil membawa bendera Sabah dan Malaysia. Lebih menyedihkan lagi, pemakaian mereka telah mencemarkan lagi kesucian bulan Ramadhan. Purata yang hadir pada Malam Kemerdekaan ( semalam ) adalah 90 hingga 98% adalah yang beragama ISLAM. Inilah erti kemerdekaan yang mereka carikan. Sambil memegang minuman keras, berteriak, membunyikan mercun dan macam-macam kerenah lagi. Golongan yang bergelar pelajar pun adalah satu golongan yang paling ramai. Bermacam-macam ragam. Mereka merasakan bahawa mereka sudah merdeka. Inilah budaya yang telah menusuk ke dalam hati-hati golongan muda di kudat. Tanpa menghiraukan batas-batas syariat, malah merasa bangga lagi bila mereka berpakaian seksi sehinggakan mata-mata yang lalu sempat menjeling ke arah mereka. Terima kasih kepada penguatkuasa ( polis ) yang sanggup menjaga keamanan kudat. Mungkin tanpa mereka akan berlaku lebih teruk lagi.
Golongan muda kudat makin tenat, mereka telah memilih jalan yang salah. Mereka telah di tarbiah ke arah kemaksiatan. Siapa yang di persalahkan???? Bukan untuk menunding jari tapi sama-sama mencari satu formula yang terbaik agar akan ada satu gelombang perubahan ke arah kebaikan. Semua pihak kena membuka mata agar perkara ini tidak menjadi barah yang susah diubati lagi.
Bulan Ramadhan telah dicemari oleh golongan ke-3. Sebelah pagi berpuasa tetapi sebelah malam mereka berpesta. Andaikata Allah turunkan bala bencana pada malam kemerdekaan ( semalam ) pasti semua golongan akan terpalit sama. Inilah golongan yang di katakan sebagai syaitan nyata. 11 bulan di ajar ke arah maksiat, sebulan ini tidak mampu untuk mengubah melainkan atas dasar kesedaran dan hidayah daripada Allah.

Salam Kemerdekaan dari kami warga Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat untuk semua warga kudat khususnya amnya rakyat Malaysia. Jadikan kemerdekaan tahun ini sebagai wacana perubahan ke arah yang lebih baik.

0 comments:

Post a Comment