Monday, December 21, 2009

0

Mesyuarat Ke-2, Pimpinan DiWAJIBkan datang


Tarikh Mesyuarat 27/12/2009 (Ahad)

Antara agenda adalah seperti berikut :
1. Ucapan Pengerusi.
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat ( 2 / Muharam / 1431 H ).
3. Perkara berbangkit.
4. Perancangan Program Setahun Lujnah.
5. Takwim Persatuan.
6. Hal- hal Lain.
7. Penutup.

Sila pastikan semua Ketua-Ketua Lujnah Menyediakan cadangan bagi tahun 2010. Harap Maklum


Daripada

YDP

0

Senarai Pimpinan Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat Sesi 2010-2012


YANG DIPERTUA (YDP) : En. Azman B. Madusin
TIMBALAN YDP : Ust. Kamran B. Pasiran
NAIB YDP : Ust. Mazlan B. Matsaik
SETIAUSAHA : Ustzh. Junishah Bt. Johari
TIMBALAN SETIAUSAHA : Ustzh. Salmah Bt. Salama
BENDAHARI : Ustzh. Suzyani Bt. Hamzah
Tujuh Lujnah
1. Ketua Lujnah Kebajikan : Ustzh. Norhimah Bt. Kasman
2. Ketua Lujnah Keceriaan & Kesenian : Ust. Alnasri B. Asimah
3. Ketua Lujnah Sukan & Rekreasi : En. Asri B. Asimah
4. Ketua Lujnah Hubungan Luar : Ust. Azman B. Latip
5. Ketua lujnah Penerangan & Publisiti : Cik. Nurisah Bt. Mijan
6. Ketua Lujnah It & Blogger : En. Zairi B. Kamra
7. Ketua Lujnah Tarbiah & Pendidikan : KIV

Monday, December 14, 2009

1

Mesyuarat Agung Persatuan


Mesyuarat Agung Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat akan di adakan pada 19 Disember 2009 untuk memilih Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2010-2012. Di bawah ini tetatif mesyuarat

9.00 pagi - Kehadiran para belia muslim kudat
9.30 pagi - Ucapan pengerusi majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan pengerusi penaja persatuan
# Sejarah penubuhan persatuan
# Penerangan serba sedikit tentang fungsi setiap AJK
- Perlantikan AJK
* YDP
* Tim YDP
* Naib YDP
* Setiausaha
* Tim Setiausaha
* Bendahari
* 7 Lujnah ( AJK Kecil )
Lujnah yang dicadangkan ialah
1. Kebajikan
2. Kecerian dan Kesenian
3. Sukan dan Reakasi
4. Hubungan Luar
5. Penerangan dan Publisiti
6. Tarbiah dan Pendidikan
7. IT dan Blogger
- Minum pagi
- Bersurai
Semua belia muslim kudat di jemput hadir dalam mesyuarat ini. Di samping itu, borang keahlian juga akan diedarkan dan setiap bagi yang ingin menjadi ahli persatuan. Jangan lupa membawa duit sebanyak RM1.00 untuk menampung kos makan dan minum.

Semoga mesyuarat ini diberkati oleh Allah dan mendapat keampunan dariNya.

Sebarang permasalah hendaklah berhubung dengan saudara Azman Madusin, di Nur Tech Solutistions sebaris dengan bangunan KWSP.

Monday, October 19, 2009

1

PROGRAM XPLORE D-QALBU



kepada semua peserta KPI dan ahli persatuan belia muslim daerah kudat, di minta berhubung dgn saudara azman tentang program ni..

Nama Program : NISA' TEEN CIRCLE 2009 ( XPLORE D-QALBU )

Tarikh : 1 NOVEMBER 2009 ( AHAD )

Tempat : DATARAN ESPLANADE SIDEK, DAERAH KUDAT

Anjuran : PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT & NISA' DAERAH KUDAT

Peserta yang dibenarkan mengikuti ialah pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini. Harap maklum.

Tentatif Program

7.00 am - 8.00 am : pendaftaran peserta / Bacaan Ma'thuurat
8.00 am - 8.20 am : ucapan alu-aluan mc dan bacaan doa
8.20 am - 9.00 am : ICE BREAKING
Pembahagian kumpulan
9.00 am - 10.00 am : EXPLORE D- QALBU 1
" Meneroka Dasar Hati "
10.00 am - 10.30am : minum pagi
11.00 am - 12.00 pm : EXPLORE D- QALBU 2
" Suci dalam debu "
12.00pm - 12.30pm : Reflekasi & Solat berjemaah di Esplanad sikid
12.30 pm : Makan & Bersurai

Saturday, October 10, 2009

0

Maaf lama tidak update...


Pihak Persatuan memohon kemaafkan lama sudah tidak update blog ini. Banyak program yang tidak dapat di masukkan disebabkan masalah teknikal.. Selamat berhari raya ( masih sempat lagi ini ). hihih... yang akan menduduki peperiksaan PMR itu. Buatlah seabis baik. Semoga mendapat keputusan yang baik.

Tuesday, September 8, 2009

0

Pengumuman !!!


Kepada semua peserta edaran risalah

Tarikh edaran risalah yang terakhir ( Siri ke-5 ) di tunda pada hari Ahad ( 13/09/09 ) 24 Ramadhan 1430. Ini kerana berlaku pertindihan program yang mana, pada hari sabtu ( 12/09/09 ) ada 2 program serentak iaitu Majlis Khatam Al-Quran di SMK Abdul Rahim dan Majlis Berbuka Puasa Sekolah Agama Rakyat Al-Munawar. Oleh itu program edar risalah ramadhan di tunda. Sila beritahu kepada sahabat/sahbiah anda supaya tidak berlaku salah faham.

Untuk pengetahuan semua, Risalah Siri ke-5 telah diterbitkan. Bolehlah download di ruang bahan kongsi di sebelah kanan. Edaran ini adalah yang terakhir untuk bulan ramadhan. Insya-Allah, ia akan diteruskan pada bulan yang akan datang.

Dari
Azman Bin Madusin

Monday, September 7, 2009

0

Ceramah Nuzul Al-Quran di SMK Pekan I ( 07/09/09 )


Alhamdulillah, pada hari ini, SMK Pekan I telah menjemput persatuan memberi sedikit perkongsian ilmu dalam mencari erti penghayatan Nuzul Quran. Semoga semua mendapat manafaat bersama. Kami dari persatuan mengharapkan akan ada lagi program-program seumpama ini di mana-mana sahaja. Terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput kami dalam Misi Dakwah kami di Daerah Kudat. Di bawah ini sedikit bahan kongsi yang sempat diberikan. Waallah hualam

UNIVERSITI RAMADHAN

Penyertaan : Semua Umat Islam yang cukup syarat

Pensyarah / Tutor : Para Ulama', Ustaz, Ustazah, pendakwah dan lain-lain lagi

Kelas Teras : Puasa bermula terbit matahari hingga terbenam matahari, menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa sama ada 29 hari ataupun 30 hari

Kelas Elektif : Bersedekah, Qiamullail, Bersahur, Tadarus Al-Quran, Zikrullah, Mendengar kuliah agama dan lain-lain aktiviti bermanfaat.

Ujian Harian : Nafsu ( Syaitan & Iblis telah pun dirantai atau dibelengu )

Subjek Khusus : Solat Tarawikh`

Panel Penilai : Allah S.W.T

Peperiksaan Tersembunyi : Malam Lailatul Qadar

Sistem Pemarkahan (Tranpil) Takwa

Lapar dan dahaga

Konvokesyen : 1 1 Syawal

Berhadapan dengan Allah di syurga

Sesiapa yang dapat menghadapi malam itu dengan ibadat yg ikhlas dan bertepatan, akan mendapat markah bonus 1000 bulan.Semoga dapat menjadi graduan yang bertaqwa dan mendapatAnugerah Taqwa dari Allah. Semoga ilmu dan praktikal yang dilakukan dapat diterapkan didalam kehidupan seharian sesudah kita keluar dari Universiti Ramadhan ini.

Saidina Ali mentakrifkan taqwa dengan empat perkara;

1. Al-khauf min al-Jalil takut kepada Allah
2. Al-'amal bi al-tanzil beramal dengan wahyu yang di turunkan ( Al-Quran dan sunah Nabi saw )
3. Al-ridha bi al-qalil redha dengan sedikit yang dimiliki
4. Al-isti'dad li yaum al-rahil bersedia untuk hari kematian

JADUAL KULIAH UNIVERSITI RAMADHAN

3.00 am - Bangun, kendiri dan persiapkan diri untuk berqiamullail

3.30 am - Qiamullail dimulakan dengan Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat dan ditutup dengan Solat sunat witir. Selang selikan solat ini dengan zikirullah, selawat nabi dan munajat hamba.

4.00 am - Bersahur dan membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Subuh.

4.47 am - Solat Subuh berjemaah dan membaca Al-Mathurat

6.15 am - Jangan Tidur :-) tapi penuhi masa dengan membaca Al-Quran , zikir dan membuat persediaan ke tempat kerja atau sebagainya.

9.00 am - Solat Dhuha

12.00 pm - Bersedia untuk solat Zuhur berjemaah, membaca Al-Quran dan zikirullah.

3.14 pm - Solat Asar berjemaah dan membaca Al-Mathurat

5.00 pm - Membeli juadah berbuka puasa ( AWAS ! jangan membazir )

6.20 pm - Bersedia untuk berbuka puasa dan berbuka dengan menjamah kurma atau manisan.

6.30 pm - Solat Maghrib berjemaah, membaca Al-Quran dan berzikir

7.30 pm - Solat Isyak berjemaah, diteruskan dengan Solat Sunat Terawih dan tadarus Al-Quran bersama rakan atau keluarga.

11.00 pm - Tidur awal untuk berqiamullail pada esok hari. Niat puasa dan niat untuk bangun qiamullail.

رمضان) (

Ra : Rahmat

Mim : Maghfirah

Dhad : Dhoman ( jaminan )

Alif : Afdal

Nun : Nikmat

0

Tadarus Perdana dan Iftor Perdana 06/06/09




Syukur kehadrat Allah, kerana masih memberi ruang dan peluang kepada warga kudat untuk menjadikan Nuzul Quran sebahagian dalam kalender tahunan Masjid Asy-Syakirin. Seramai lebih dari 30 orang Ustaz, penjawat awam, penjawat swasta mahupun pelajar sekolah terlibat dalam Tadarus Perdana ini. Pada tahun ini jumlah kutipan derma dari warga kudat melebihi daripada tahun lepas. Kutipan pada tahun ini lebih dari RM6000 berbanding tahun lepas sebanyak RM4000 lebih sahaja. Program ini yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
0

Kem Ibadah Ramadhan 06/09/09





Kem Ibadah Ramadhan adalah kesinambungan Siri KPI Siri I dan Siri II. Semasa resolusi KPI Siri ke-2, kebanyakan peserta meminta supaya program kem ibadah dibuat. Alhamdulillah Kem Ibadah tersebut dapat jua di buat. Sambutan daripada peserta amat mengalakkan. Ini kerana pihak Urusetia menganggarkan sebanyak 70 orang peserta yang mengikuti program ini tetapi yang hadir seramai 76 orang. Inilah kesedaran yang timbul di hati-hati setiap peserta yang dahagakan ilmu agama. Lebih-lebih lagi perkongsian ilmu. Sekolah yang terlibat seperti SMK Abdul Rahim I, SMK Abdul Rahim II, SMK Pekan I, SMK Pekan II, SM ST Peter Kudat, SM Teknik Kudat dan Pusat Latihan Dakwah Kudat. Para peserta di dedahkan dengan amali solat seperti bacaan dalam solat, keadaan badan ketika solat, perkara-perkara yang membatalkan solat dan banyak lagi. Semoga kesempatan yang sedikit ini memanafaatkan peserta dalam baiki lagi mutu solat mereka. Teruskan perjuangan anda di bumi Allah ini ( kudat ). Kita semua ada penerus kepada perjuangan bukan pemula mahupun pengakhir perjuangan. Waallah hu alam
0

Misi Ke-4 Berjaya 05/09/09



Sedar tidak sedar Cahaya Ramadhan masuk Siri ke-4 sudah. Begitu cepat berlalu masa ini, persatuan yang telah diwarni oleh mujahid-mujahid islam ( peserta KPI mahupun yang baru ) yang tidak pernah mengerti penat lelah dan sentiasa sabar dalam berhadapan dengan masyarakat. Meksipun tidak dilayan semasa menyebarkan dakwah melalui risalah, mereka tidak jemu. Semoga Allah memberi kekuatan kepada belia-belia kudat dalam mengharungi kehidupan di Kudat. Pada edaran Siri ke-4 ini, sejumlah 1000 keping jua telah diedarkan. Selebihnya telah dibawah ke sekolah-sekolah untuk dikongsikan bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang lain. Teruskan wahai jundi-jundi kudat. Jangan toleh kebelakang lagi. Kudat perlukan belia-belia seperti kalian dalam mewarnai kudat dengan corak agama yang syumul. Takbir!!!...
0

14 Ramadhan 1430, 04/09/09 ( Misi Dakwah )



Alhamdulillah... persatuan telah di jemput oleh pihak SMK Abdul Rahim I bagi mengisi kekosongan waktu ( pengisian selepas solat tarawih ). Syukur kehadrat Allah, Ramadhan pada tahun ini penuh bermakna. Misi Dakwah yang telah dirancang diteruskan meksipun sebelum ini, persatuan telah masuk kampung-kampung seperti Kg Minyak, Kg Suangpai, Kg Bak-Bak, Kg Perapat Darat dan beberapa Kampung akan menyusul. Persatuan yang telah dibantu oleh Ustaz Agus dalam menjiwai permasalah penduduk kampung. KUDAT memerlukan sesuatu gelombang perubahan, rungutan ini sentiasa didengari di corong-corong kampung dalam menantikan badan agama masuk ke kampung untuk menabur bakti sama ada dalam mempelajari Fardu Ain mahupun Fardu Kifayah. Misi Dakwah ini akan diteruskan sampai bila-bila. Insya-Allah, di bulan baik ini, keampunan dari Allah sentiasa dipinta. Ucapan terima kasih atas jemputan dari pihak SMK Abdul Rahim I, kami dari persatuan mengalu-alukan jemputan anda dalam menegakkan kalimah Allah. Takbir!!!!

Wednesday, September 2, 2009

2

KEM IBADAH RAMADHAN


ANJURAN :
PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT

TARIKH:
6 September 2009/ 16 Ramadhan 1430H

OBJEKTIF:
* Memberi kefahaman tentang kepentingan ibadah solat.
* Meningkatkan kesempurnaan ibadah solat.
* Memotavasikan peserta untuk cemerlang di dunia dan akhirat

ATURCARA PROGRAM:

HARI/

MASA

9.00pg

10.00pg

10.00pg

11.00pg

11.00pg

12.00tgh

12.10tgh

1.00ptg

1.00pgt

2.00ptg

2.00otg

3.00ptg

3.00ptg

6.00ptg

6.20ptg

9.00mlm

9.00mlm

AHAD

06.09.09

Pendaftaran

Kuliah 1

“ Ibadah Solat : Sempurna atau tidak ?”

Halaqah 1

Solat Zohor

Halaqah 2

Kuluah 2

“ Solat membina Peribadi Unggul”

Solat Asar & Majlis Tadarus

Majlis Iftar/Solat Maghrib/Solat Isyak/ Solat Tarawih

Bersurai


JADUAL WAKTU SOLAT

Hari

Subuh

Zohor

Asar

Maghrib

Isyak

Ahad 06.09.09

4.47 pg

12.13 tgh

3.16 ptg

6.18 ptg

7.28 mlm


URUS SETIA :
Penasihat : Ustaz Mohd Fadhli Bin Mohd Yusof
Penyelaras : Ustaz Rosdam Hanabi bin Mohamed
Penolong Penyelaras : Azman Bin Madusin
Fasilitator : AJK Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat

PERATURAN PESERTA:
* Berakhlak mulia dan memberi penumpuan sepanjang program
* Peserta diwajibkan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
* Peserta diwajibkan solat berjemaah
* Hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas dan sopan sepanjang program
* Tempat aktiviti mestilah sentiasa bersih, kemas dan teratur
* Sekirannya ada peserta yang sakit dan memerlukan rawatan, peserta hendaklah menghubungi urus setia

PERKARA YANG PERLU DI BAWAH
* Alat tulis
* Pakaian solat
* Al-Quran
* Zikir munajat

GOLONGAN SASARAN
Semua peserta KPI Siri I, KPI Siri II dan pernah mengikuti program persatuan belia muslim daerah kudat.

Tuesday, September 1, 2009

0

Misi ke-3 berjaya..




Alhamdulillah... Siri ke-3 ini pun berjaya, sebanyak 1000 keping risalah diedarkan. Reaksi pengunjung bazar ramadhan pun tidak kekok menerima risalah tersebut. Meksipun ada segelintir yang tidak mempedulikan risalah tersebut. Risalah ini tetap akan diteruskan. Semoga Allah buka satu ruang dakwah di Daerah Kudat agar akan ada 1 gelombang perubahan. Biarlah ia bermula dari sini, persatuan mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan pihak Pusat Latihan Dakwah Kudat ( JAKIM ) dalam membantu pihak kami dalam menjalankan usaha-usaha dakwah di kudat. Pihak JAKIM sanggup memberi ruang untuk bersama-sama kami dalam misi dakwah bil hal di kudat. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Di harap akan ada lagi pihak jabatan-jabatan dan NGO di Daerah Kudat yang sanggup membantu Misi Dakwah di Kudat. Kami sangat mengalu-alukan demi kepentingan warga Kudat.

Sunday, August 30, 2009

0

Malam Kemerdekaan di Kudat


us



Masjid dan surau dipenuhi oleh golongan yang ke-1 dan ke-2 ( orang tua dan berumur) dan sedikit sahaja golongan yang ke-3 ( belia dan beliawanis ). Ini kerana golongan ke-3 ini telah membanjiri Expland Sidik yang mana mereka berkumpul-kumpul mengikut kumpulan masing-masing sambil membawa bendera Sabah dan Malaysia. Lebih menyedihkan lagi, pemakaian mereka telah mencemarkan lagi kesucian bulan Ramadhan. Purata yang hadir pada Malam Kemerdekaan ( semalam ) adalah 90 hingga 98% adalah yang beragama ISLAM. Inilah erti kemerdekaan yang mereka carikan. Sambil memegang minuman keras, berteriak, membunyikan mercun dan macam-macam kerenah lagi. Golongan yang bergelar pelajar pun adalah satu golongan yang paling ramai. Bermacam-macam ragam. Mereka merasakan bahawa mereka sudah merdeka. Inilah budaya yang telah menusuk ke dalam hati-hati golongan muda di kudat. Tanpa menghiraukan batas-batas syariat, malah merasa bangga lagi bila mereka berpakaian seksi sehinggakan mata-mata yang lalu sempat menjeling ke arah mereka. Terima kasih kepada penguatkuasa ( polis ) yang sanggup menjaga keamanan kudat. Mungkin tanpa mereka akan berlaku lebih teruk lagi.
Golongan muda kudat makin tenat, mereka telah memilih jalan yang salah. Mereka telah di tarbiah ke arah kemaksiatan. Siapa yang di persalahkan???? Bukan untuk menunding jari tapi sama-sama mencari satu formula yang terbaik agar akan ada satu gelombang perubahan ke arah kebaikan. Semua pihak kena membuka mata agar perkara ini tidak menjadi barah yang susah diubati lagi.
Bulan Ramadhan telah dicemari oleh golongan ke-3. Sebelah pagi berpuasa tetapi sebelah malam mereka berpesta. Andaikata Allah turunkan bala bencana pada malam kemerdekaan ( semalam ) pasti semua golongan akan terpalit sama. Inilah golongan yang di katakan sebagai syaitan nyata. 11 bulan di ajar ke arah maksiat, sebulan ini tidak mampu untuk mengubah melainkan atas dasar kesedaran dan hidayah daripada Allah.

Salam Kemerdekaan dari kami warga Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat untuk semua warga kudat khususnya amnya rakyat Malaysia. Jadikan kemerdekaan tahun ini sebagai wacana perubahan ke arah yang lebih baik.
0

Sambutan Ramadhan Di PLDK




PLDK menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dengan cara menganjurkan Festival Kesenian Islam seperti tulisan Qhad, Tilawah Al-Quran dan juga Nasyid. Di mana, ia diadakan di Dewan Besar PLDK. Semua peserta terlibat. Walaupun sederhana tetapi tetap meriah. Kehadiran persatuan belia muslim menambah kemeriahan festival tersebut. Di harap warga kudat membuka mata, agar festival seumpama ini patut di adakan di Daerah Kudat, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga akan ada satu gelombang perubahan ke arah keIslaman di mata warga kudat.

Thursday, August 27, 2009

1

Ceramah Ramadhan di Kg Muhibah..


Persatuan telah di jemput untuk memberi ceramah di Kg Muhibah yang mana kehadiran peserta ketika itu kebanyakkan orang-orang tua. Tidak kelihatan golongan muda-mudi yang hadir. Program ini adalah pemimpin bersama rakyat, turut hadir wakil daripada Yayasan Sabah, golongan politik dan juga penduduk kampung. Program ini selesai sebelum majlis berbuka puasa. Ahli persatuan hanya sempat solat berjemaah maghrib sahaja kerana selepas maghrib bertolak ke Kg Minyak untuk solat tarawih berjemaah bersama penduduk Kg Minyak. Selepas solat tarawih, tazkirah ringkas telah di sampaikan oleh Ust Agus. Sekitar jam 9.20 mlm bertolak balik ke rumah masing-masing.

Monday, August 24, 2009

0

Misi Ke-2 pun berjaya...



Segala Puji Bagi Allah yang menurunkan hujan dari langit, yang mengadakan yang tiada dan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Sekalung kesyukuran dan sujud syukur kehadratNya kerana memberi ruang dan peluang kepada pencinta agama untuk berjuang dalam menegakkan islam di bumi kudat. Kejayaan Siri ke-2 ini adalah bertambahnya pecinta agama dalam menyebarkan agama dalam bentuk risalah. Siri ke-2 ini, pihak persatuan telah mengeluarkan sebanyak 800 keping untuk di edarkan di bazar ramadhan. Alhamdulillah, edaran risalah ramadhan yang bermula jam 4.50 petang telah selesai pada jam 5.30 petang.

Dengan raut muka yang santai sambil memberi risalah satu kejayaan pada hari ini, risalah ramadhan siri yang ke-2 ini boleh di perolehi di bahagian bahan kongsi. Pihak persatuan mengharapkan bahan-bahan ini bolehlah di download dan diedarkan kepada sesiapa sahaja. Berdakwah melalui risalah.

Kepada pecinta agama, kita akan turun ke bazar ramadhan lagi pada minggu hadapan iaitu pada hari isnin 31 Ogos 2009 ( tertakluk pada perubahan ). Kudat perlukan perubahan, maka kita yang mempunyai kesedaran perlu bangun dalam lena supaya kita tidak lagi terus terlena dan dibuai mimpi. Belia muslim perlu bangkit, kerosakan belia telah berluluasa di kudat. Maka, ia adalah 1 tanggungjawap kita semua. Bergerak berjemaah bukan bergerak seorang. Lahirkanlah keikhlasan dan tanggungjawap pada diri kita dalam mengenang nasib belia kudat pada masa akan datang. Ia hanya dapat di ubah oleh belia pada hari ini. Yakinlah hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita semua. Jadi, apa-apa berlaku kena pengang tali Allah, jangan lepaskan ia walaupun nyawa kita menjadi taruhannya. Takbir!! 3x....

Tuesday, August 18, 2009

2

Misi Pertama Berjaya...


Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan gerak gempur ramadhan. 1 usaha dalam menjayakan lagi misi dakwah bil hal di daerah kudat. Tidak ketinggalkan jua kepada warga kudat yang memberi sokongan untuk menjayakan misi ramadhan ini. Misi ini tidak terhenti di sini sahaja, malah ia akan ada lanjutan pada masa akan datang. Jika sesiapa yang belum dapat Risalah Ramadhan ( Cahaya Ramadhan Siri 1 ) bolehlah download di ruangan bahan kongsi. Risalah ini di cetak sebanyak sekitar 600 keping sahaja untuk permulaan. Insya-Allah, siri yang akan datang akan di tambah lagi kepada nilai yang lebih tinggi. Kepada sesiapa yang sudi memberi sumbangan untuk menjayakan misi dakwah ramadhan ini bolehlah berhubunga terus dengan saudara Azman Bin Madusin di talian 019-8714941. Kepada semua peserta, teruskan perjuangan anda, perjuangan anda baru bermula. Jangan menoleh ke belakang lagi. Kudat perlukan wacana baru dalam mengenal erti sebuah kehidupan harmoni yang berlandaskan syariat Allah.

Hari ini lebih baik dari hari kelmarin,
dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Takbir!!
Allah hu Akbar...
Allah hu Akbar...
Allah hu Akbar...

Saturday, August 15, 2009

0

Persatuan sudah ada dalam senarai ROS


Syukur ke hadrat Allah, kerana memberi peluang, ruang, masa dan ketabahan kepada Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat, ahkirnya mendapat jua perkenaan dari pihak ROS kini tinggal menunggu sijil sahaja dari pihak ROS. Perkara ini boleh di lihat di ROS (masukkan nama PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT )yang mana napa Persatuan telah di daftarkan. Kini bermulalah satu gelombang perubahan kepada belia dan beliawanis untuk lebih mendekati kepada Agama Islam yang syumul. Dengan kekuatan yang sedikit dan di bantu oleh golongan yang berpendidikan dan berpengelaman di harap Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat dapat bergerak ke arah matlamat yang sebenar. Antara matlamat Persatuan adalah seperti berikut:

(1) Mempertabatkan budaya cintakan islam di kalangan belia muslim di kawasan Daerah Kudat yang mana merangkumi kawasan Pitas, Kota Marudu, Matunggon, Kudat dan Pulau Banggi.
(2) Memberi kesedaran kepada para belia tentang tuntuan agama islam sama ada Fardu Ain dan Fardu Kifayah.
(3) Melahirkan generasi muda yang berwibawa, berketrampilan baik dari segi akhlak dan mengurangkan gejala sosial dari kalangan belia muslim di Daerah Kudat dengan cara penyediaan modul-modul ( Latihan Dalam Kumpulan ) yang sesuai mengikut tahap belia itu sendiri.
(4) Mengalakkan lagi para belia melaksanankan dan meningkatkan aktiviti kesukanan, kebajikan, kebudayaan dan aktiviti sosial yang lain berlandaskan tuntutan agama islam.
(5) Berdamping dan mendekati para pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah agar dapat membantu mereka dari segi kongseling dan memberi kesedaran kepada mereka tentang hala tuju mereka semasa dan selepas sekolah.
(6) Berkerjasama dengan mana-mana persatuan yang berdaftar demi untuk memupuk persahabatan melalui integrasi nasional.

Ini adalah matlamat ataupun dasar perjuangan Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat, di harap warga muslim kudat dapat merelalasikan perjuangan Persatuan. Di harap Sijil pengesahan dari Pihak ROS dapat disegerakan. Sujud syukur kehadrat Allah di dahulukan.

Takbir!! Takbir!! Takbir!!!
Allah hu Akbar!!
Allah hu Akbar!!
Allah hu Akbar!!
0

Budaya Kenduri Menjelang Ramadhan



Budaya kenduri di ahkir sya'ban telah menjadi suatu tradisi warga kudat. Sana sini terasa bahangnya. Tok imam dan ustaz-ustaz siap di jemput 2 atau 3 hari sebelum kenduri lagi, takut-takut di tak dapat datang. Boleh dikatakan setiap hari ( 10 terakhir sya'ban ) rumah-rumah menyediakan juadah. Inilah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang islam bila tibanya bulan ramadhan. Jadikan bulan ramadhan tahun ini lebih baik daripada ramadhan tahun lepas.

Wednesday, August 12, 2009

0

KPI Siri 2 pada 9 Ogos 2009


Alhamdulillah, KPI siri II berjaya jua akhirnya. Seramai 70 peserta terdiri daripada beberapa sekolah dan Pusat Latihan Dakwah Kudat. Fokus utama KPI Siri II ini adalah untuk mengenal erti Jemaah dalam berbagai sudut. Perbincagan antara Naqib dan ahli kumpulan. Selain itu perserta di berikan buah tangan seperti Solat Hajat dan Solat Duha berjemaah. Peserta di bagaikan kepada 10 kumpulan iaitu Al-FAHM, AL-IKHLAS, AL-AMAL, AL-JIHAD, AT-TADHIYYAH, AT-THA’AH, AT-TSABAT, AT-TAJARRUD, AL-UKHUWWAH DAN ATS-TSIQAH

Teruskan perjuangan sebagai Dai'e di bumi kudat

Takbir!!

Tuesday, August 11, 2009

0

Ruhiyah UPSR 2009 pada 08 Ogos 2009


Majlis ini di adalahkan di Sekolah Rendah Langung Ayang Kudat yang mana program ini adalah program motavasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Seramai 28 pelajar yang terlibat iaitu seramai 11 pelajar lelaki dan 17 pelajar perempuan. Di mana pengisian program ini banyak kepada penyediaan diri dalam bentuk rohani sebelum menduduki peperiksaan. Pihak persatuan telah di jemput untuk mengisi beberapa slot. Pihak persatuan akan mendoakan agar peserta program Ruhiyah UPSR ini mendapat keputusan yang cemerlang. Baik dari segi keputusan peperiksaan mahupun ahklak sebagai seorang pelajar dan hamba Allah yang taat. Teruskan perjuangan, kepada sekolah-sekolah di sekitar Daerah Kudat yang ingin membuat program seumpama ini dan ingin berkongsi dengan persatuan, pihak persatuan mengalu-alukan kerjasama dari pihak sekolah. sila lawat klik sini untuk melihat gambar-gambar semasa program tersebut.