Friday, January 22, 2010

Pergolakan di Kg Andab Bangau ( 21/01/2010 )





Perjumpaan di antara penduduk Muslim dan Non Muslim Kg Andab Bangau telah diadakan di Balai Raya Kg Andap Bangau, perselisihan faham telah berlaku berkenaan dengan bantahan ternakan babi. Pimpinan PBMDK, Ust Agus, Cikgu Samad dan beberapa orang luar juga turun hadir dalam perjumpaan tersebut. Saudara Zairi selaku Pengerusi Surau Al-Falah dan merangkap Ketua Lujnah IT & Blogger PBMDK memberi penjelasan tentang isu yang sebenar kepada penduduk kampung apa yang telah berlaku. Pergolakan ini berlaku bilamana salah seorang penduduk kampung tersebut menyalah tafsirkan tentang " Turunkan tandatangan Bantahan Lesen Ladang Babi ", Isu ini telah selesai di Balai Polis. Di harap tidak ada lagi masalah berlaku di kampung tersebut. Kami warga PBMDK memandang perkara ini serius kerana ia melibatkan sensetifiti agama. Penduduk Kg Andab Bangau mempunyai penduduk muslim yang sedikit. Di harap Ketua Kg Andab Bangau dapat menyelesaikan dengan segera masalah ini dan tidak berat sebelah dalam menghukum penduduk kampung.

0 comments:

Post a Comment