Saturday, July 25, 2009

0

Mesyuarat ke-4 ( 25 Julai 2009 )


Mesyuarat hari ini banyak membincangkan perkara-perkara berikut :-

  • Kedudukan persatuan ketika ini
  • Kertas kerja KPI Siri II
  • Bulan Ramadhan
  • Usrah Persatuan
  • Dan lain-lain lagi

Mesyuarat hari ini serentak di adakan dengan usrah jundi. Di mana selain daripada perkara di atas dibincangkan, Naqib ( Ust Mohd Fadzli Sabaqi ) menerangkan tentang kepentingan berjemaah dan menuntut ilmu. Selain itu, mesyuarat banyak membincangkan tentang kertas kerja KPI Siri II yang mana, mengikut perbincagan awal KPI Siri II akan di adakan pada 9 Ogos 2009. Ada beberapa kaedah telah di ubah berbanding daripada KPI Siri I. Di harap para peserta KPI Siri I menghubungi pihak urusetia ataupun terus kepada Abg Azman bagi mengetahui perkembangan semasa KPI Siri II. Setiap peserta di minta melengkapkan kertas kerja yang diberikan semasa mendaftar untuk Siri II itu nanti. Wakil setiap sekolah di minta menghantar sekali lagi senarai nama kepada Abg Azman sebelum 2 Ogos 2009. Jika pihak urusetia tidak mendapat maklumbalas dari wakil-wakil sekolah yang terlibat dengan KPI Siri I, sekolah tersebut di anggap tidak menghantar wakil. Harap maklum, sila ambil perhantian. sekian terima kasih..

Berprogramlah demi agama

Takbir!!!!

Sunday, July 19, 2009

0

Program Nadwah Kepimpinan Islam



Program Nadwah ini adalah gabungan daripada 12 buah sekolah sekitar Kudat dan sebuah sekolah daripada kawasan Pulau Banggi, Program yang mana melibatkan LDK, Riadah dan lain-lain lagi. Program ini di adakan di Sekolah Menengah Abdul Rahim I pada 17 Julai hingga 19 Julai 2009. Semoga para peserta program dapat mengambil manafaat daripada program ini dan dapat mengenal potensi masing-masing. Sebagai seorang pemimpin, perlu bersedia selalu untuk menghadapi risiko mendatang. Syabas dan tahniah dari Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat kepada semua yang terlibat baik daripada urusetia, fasilatator dan para peserta. Salam ukhwah fillah dari kami PBMDK.

Thursday, July 9, 2009

0

Belia kudat dalam keadaan tenat..


Nur solat sedikit demi sedikit telah Allah tarik dari warga kudat. Masjid segak dan megah terpacak tapi yang mengimarahnya cukup menyedihkan. Andainya inilah pejuang-pejuang yang berperang, pasti dan pasti umat islam akan kalah. Kekalahan yang amat-amat teruk sekali. Kekuatan islam itu telah Allah tarik balik. Sedih bila melihat keadaan macam ini berlarutan. Mana perginya golongan belia-belia??? Yang paling sedih lagi, bila di anjurkan pesta-pesta melalaikan, di sinilah kita melihat golongan-golongan muda mudi berhimpun. Malam Jumaat yang penuh berkat umpama malam-malam biasa bagi kebanyakan warga kudat. Belum ada kesedarkan. Siapa yang perlu di persalahkan ?? Wahai belia kudat, bangkitlah dari lena mu. Pasti ada masa lagi untuk kita perjuangkan islam di bumi Kudat ini. Program-program agama pun kurang sambutan. Tengok saja solat 5 waktu. Segala puji bagi Allah..

Sunday, July 5, 2009

0

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah SAR


Agenda Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Agama Rakyat Al-Munawwar Kampung Tanjung Kapor ialah seperti berikut :-

  1. Menentapkan Mesyuarat PIBG
  2. Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah SAR Sesi 2009-2011
  3. Hal Ehwal Guru SAR
  4. Hal Ehwal Kewangan
  5. Hal Ehwal Pembanguan Sekolah
  6. Hal Ehwal KAFA
  7. Hal-hal Lain
Beberapa penekanan telah di suarakan oleh pengerusi baru SAR Baru. Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah SAR Sesi 2009-2011 :

Pengerusi : Hj Mohd Hatta Bin Hj Ibnoh
Timbalan Pengerusi : Azman Bin Madusin
Setiausaha : Ustazah Junishah Bte Johari
Bendahari : Ustazah Suzyani Bt Hamzah
AJK : Ustazah Norhimah Kasma
: Ustazah Salmah Bt Salama
: Ust Rebli B. Majanun ( Yasir Syahidi Abdullah )
: Ustaz Nasri
: Ustaz Azman Bin Latip

Mesyuarat banyak menekankan aspek pembangunan dan kewangan SAR. Ia berakhir pada jam 12 t/hari.

Saturday, July 4, 2009

1

Selamat Pengantin Baru...


Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat mengucapkan selamat pengantin baru kepada saudara Azlan bersama isteri tercinta.

Jadikan hari ini lebih baik dari hari kelmarin

Pantun untuk saudara Azlan dan isteri

Ikan todak si ikan pari,
Ikan linang di dalam peti,
Adapun adat suami isteri,
Senang dan susah sampai ke mati.