Thursday, January 28, 2010

0

Tamu Sikuati 17/01/2010,




Tamu Sikuati di adakan setiap hari ahad yang bermula di awal pagi lagi, bermacam-macam jualan, juadah, pakaian dan banyak lagi terdapat di Tamu Sikuati. Pertempatan yang berselerak menyebabkan pembeli terpaksa ke hulu ke hilir untuk menawar harga yang rendah. Tapi....

Hakikatnya, inilah yang mencemari pemandangan mata kami dan orang awam yang membeli tempat tersebut. Inilah pemandangan penjualan babi secara terbuka. Mana perginya penguatkuasaan? Perlukan ini berterusan sehingga tidak siapa lagi yang mengenal mana satu halal dan mana satu haram. Kenapa tidak di pindahkan sahaja penjual-penjual babi ini dan di sediakan tempat yang khas untuk mereka, ini kerana laluan ini adalah laluan umum. Bangunan telah disediakan kenapa masih lagi berniaga di tempat-tempat sebegini. Kami mengharapkan perkara ini dipandang serius oleh semua pihak baik penguatkuasa mahupun orang awam.

Friday, January 22, 2010

0

Pergolakan di Kg Andab Bangau ( 21/01/2010 )





Perjumpaan di antara penduduk Muslim dan Non Muslim Kg Andab Bangau telah diadakan di Balai Raya Kg Andap Bangau, perselisihan faham telah berlaku berkenaan dengan bantahan ternakan babi. Pimpinan PBMDK, Ust Agus, Cikgu Samad dan beberapa orang luar juga turun hadir dalam perjumpaan tersebut. Saudara Zairi selaku Pengerusi Surau Al-Falah dan merangkap Ketua Lujnah IT & Blogger PBMDK memberi penjelasan tentang isu yang sebenar kepada penduduk kampung apa yang telah berlaku. Pergolakan ini berlaku bilamana salah seorang penduduk kampung tersebut menyalah tafsirkan tentang " Turunkan tandatangan Bantahan Lesen Ladang Babi ", Isu ini telah selesai di Balai Polis. Di harap tidak ada lagi masalah berlaku di kampung tersebut. Kami warga PBMDK memandang perkara ini serius kerana ia melibatkan sensetifiti agama. Penduduk Kg Andab Bangau mempunyai penduduk muslim yang sedikit. Di harap Ketua Kg Andab Bangau dapat menyelesaikan dengan segera masalah ini dan tidak berat sebelah dalam menghukum penduduk kampung.
0

Mesyuarat Badan Dakwah Kudat ( 19/01/2010 )





Mesyuarat Dakwah Kudat telah di buat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kudat, di mana dihadiri oleh Jawatankuasa Badan Dakwah. Kehadiran dari Jabatan-jabatan kerajaan dan PBMDK memberi satu kesimpulan dalam mengerakkan islam di kudat. Semoga dengan adanya perjumpaan sebegini diharap bumi kudat subur dengan islam. PBMDK sentiasa memberi kerjasama dengan sesiapa sahaja demi kepentingan islam di bumi kudat ini. Di harap, akan ada agensi-agensi yang sudi berkongsi dengan PBMDK dalam apa jua bidang pembangunan modal insan, kemasyarakatan, sukan dan apa sahaja yang tidak bercangah dengan syariat islam dan memperjuangkan islam.
0

Ziarah Saudara Kita ( 16/01/2010 )




Pada 16/01/2010, jam 6.30 petang, Pimpinan PBMDK dan juga Ust Agus dan Ustazah Aisyah telah menziarah seorang saudara baru yang dalam keadaan tenat, disamping memberi sedikit keperluan harian untuk membantu mereka. Semoga mereka dapat menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Meksipun dihimpit kesusahan hidup, mereka tetap teguh dengan Islam. Islam mereka adalah islam hidayah. Semoga Allah berkati perjuangan mereka dalam menjalani kehidupan seorang islam.

Sunday, January 17, 2010

0

hari ini


masalah babi lagi...

Wednesday, January 13, 2010

0

Kg Lau San.....


Hari ini, 14/01/10. Inilah salah satu tempat yang mahu diUPGREADkan dari kandang kecil menjadi Ladang yang berkeluasan besar. Projek ini telah berjalan secara kecil-kecilan selama 10 tahun yang lepas. Bermulakan sebanyak 12 ekor babi dan tidak mungkin bertambah bila lesen tersebut diLULUSkan. Kita terlepas pandang perkara sebegini. Usaha untuk memgagalkan untuk mendapatkan lesen ini akan terus di usahakan. Di harap ia mendapat sokongan padu dari semua pihak. Esok edaran risalah akan terus di buat di setiap masjid-masjid dan surau surau yang terpilih bagi menandakan sokongan. Tidak kira baik muslim atau non muslim juga boleh menurunkan tandatangan bagi membantah.

Tuesday, January 12, 2010

0

Sambutan Bantahan di PLDK


Hari ini, 13/01/2010, YDP PBMDK dan Ketua Lujnah Hubungan Luar telah pergi ke Pusat Latihan Dakwah Kudat dalam Misi mendapatkan tandatangan pelatih PLDK. Seramai 200 tandatangan dari pihak PLDK diperolehi. Terima Kasih kerana menyumbangkan tandatangan ke arah membantah operasi untuk mendapatkan lesen membuka ladang Babi. Pungutan suara diteruskan sehingga 17/01/2010 kerana pada 18/01/2010 himpunan memorimdum ini akan di hantar ke Kota Kinabalu untuk tindakan susulan.

YDP

Monday, January 11, 2010

2

Perjumpaan dengan pihak polis Daerah..




Hari ini 12/01/2010, YDP PBMDK, Ketua Lujnah Hubungan Luar PBMDK, Ust Agus Penggerak Dakwah ( Cawangan Kudat ) dan Ust Aisyah Penggerak Dakwah ( Cawangan Matunggung ) telah pergi ke Balai Polis Cawangan Kudat bertemu dengan DSP Dawi Ossen Dan ASP Peter Matinjal berbincangan kaedah yang sesuai berkenaan dengan cara membuat bantahan. Bantahan yang telah digunakan mendapat respon yang baik dan kaedah penyelesaian pun telah dapat. Di harap perkara ini di pandang serius oleh semua pihak baik NGO, Badan Kerajaan mahupun badan swasta. Bantahan ini akan di hantar selewat-lewatnya pada hari jumaat ke Jabatan Perkhidmatan Dan Penternakan Kota Kinabalu untuk respon susulan. Kami warga Persatuan dan Warga Kudat yang prihatin memandang perkara ini serius.

Saturday, January 9, 2010

1

Turunkan tandatangan


Pada 09-09-10 telah dilancarkan TURUNKAN TANDATANGAN di Dewan Tun Mustpaha untuk membantah Mengeluarkan Lesen Operasi Ternakan BABI di 6 Kawasan terpilih. Edaran ini dibuat dari seorang ke seorang untuk melihat keperhatinan mereka dalam isu lesen operasi ternakan babi ini. Alhamulillah, sambutan mengalakan juga walaupun ada yang tidak sudi turunkan tandatangan. Sebanyak 170 tandatangan yang dapat dikumpul pada hari sambutan Maal Hijrah. Tahniah juga di ucapkan kepada Kg Andab Bangau kerana menerima anugera Surau Aktif, Masjid Kg Aier mendapat Ketegori Masjid Aktif dan tokoh Maal Hijrah pada tahun ini di sandang oleh En. Bakhri Bin Abdullah ( bekas seorang paderi ) yang banyak membantu dalam menyebarkan islam dan perbandingan agama. Di harap aktiviti seperti ini diteruskan lagi.

Di samping itu juga, warga pimpinan PBMDK juga turun memberi menderma darah bagi menjayakan misi pihak kesihatan yang mana tabung darah kudat hampir habis. Di harap program-program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang..


Gambar bersama pemenang surau yang aktif iaitu Surau Al-Falah


Friday, January 8, 2010

3

Ladang BABI akan di buat di kudat.....




Terkejut dengan berita ini, YDP dan pimpinan lain telah pergi ke Urusetia Kudat untuk melihat sendiri berita tentang kabar angin. Rupanya betul, tinggal berapa hari lagi untuk membuat bantahan agar Projek ini dapat dihentikan. Tahap sensetifiti warga kudat dengan perkara ini amat membimbangkan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Ini bermakna kudat juga akan menjadi salah tempat penternakan BABI terbesar di Sabah, bahkan di Malaysia. Tersentak dengan itu, tempat yang dipilih amat mengejutkan. Di sini disenaraikan tempat-tempat yang dirancang akan di bina ladang tersebut.
  1. Jalan Bak-Bak Tajau
  2. Kg. Tamalang
  3. Kg. Barambangon
  4. Kg. Kimihang
  5. Kg. Lau San
  6. Kg. Tamalang Jalan Bukit
Kenapa ia perlu berada di kawasan kudat?? Tidak cukupkah 1 sahaja yang ada di kudat ini? Kenapa perlunya di tambah 6 lagi?? Wahai umat Islam Kudat, tidak malukah kita bila dipadang kita ini tempat najis-najis Babi!!! berairkan najis Babi?? Laut yang kita ada telah disalah ertikan?? Tarikh tempoh rayuan pembatalan projek ini telah hampir.. Kita masih lena tidur, bila dah terjadi baru kita menyalahkan pihak lain. Wahai warga Kudat, apa peranan kita?? Mahukan kita diCOP sebagai ladang Babi!!! Oleh yang demikian bangkitlah kita bersama-sama untuk mengelak perkara ini supaya berlaku. Oleh yang demikan, pihak PBMDK telah mengajurkan tandatangan untuk membantah projek ini di buat. Esok ( 09/01/10 ) di Dewan Tun Mustapha akan ada dibuat 1 kaunter turunkan tandatangan untuk menbantah projek ini dan di pos terus ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternakan untuk proses pembatalan projek ini. Masjid dan Surau Daerah Kudat diharap dapat menyebarkan perkara ini. Untuk pengetahuan warga blog, sila dapatkan maklumat terus ke Pejabat Daerah Kudat, berkenaan dengan isu ini. Notis ini ditampal di sebelah pintu masuk ke Jabatan Tanah & Ukur.

Muslimkudat.

Saturday, January 2, 2010

0

Selamat Pengantin Baru..



Pada 26/12/2009 baru-baru ini, seorang sahabat dan YDP telah mengakhiri zaman bujangnya dengan isteri yang tercinta. Semoga mereka dicucuri rahmat oleh Allah dan mendapat anak yang soleh dan solehah.

Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.