Sunday, March 14, 2010

Jambori Amal 2010 Kg. Indarason Laut


Penyerahan Lencana Briged Amal dibuat, ia di sampaikan oleh Pengarah 1 Unit Amal Negeri Sabah, Saudara Saifuddin. Dengan pelancaran Briged Amal ini, maka rasmilah Briged amal peringkat Negeri Sabah.
Pengarah Program dan juga ahli PBMDK dalam majlis penerangan Unit Amal Negeri. Secara tidak langsung Saudara Azman Madusin ( Pengarah Program ) dan juga YDP PBMDK memangku jawatan Ketua Unit Amal Kawasan Kudat.
Persembahan setiap kawasan juga dipertandingkan pada sebelah malam selepas penyampaian sumbangan kebajikan kepada penduduk kampung. Selepas petandingan setiap kawasan, penyerahan anak angkat dibuat. Seramai 22 keluarga angkat yang sukarela mengambil keluarga angkat.
Pada sebelah malam pula, penyerahan bantuan kebajikan keapda sebahagian penduduk kg dibuat dan juga penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang.
Tarik tali juga dipertandingkan. Kepenatan yang tidak terhingga di raut wajah setiap peserta tidak menghalangkan mereka mengikuti setiap aktiviti yang dijadualkan. Aktiviti yang bermula sebelah pagi hingga ke petang. Aktiviti ini juga melibatkan penduduk Kg. Indarason Laut.
Tidak dilupakan juga aktiviti dengan kanak-kanak Kg. Indarason Laut dibuat. Semangat yang diberikan oleh kanak-kanak ini begitu baik dan keseronokan mereka terpapar di raut wajah mereka.
Pertandingan bola sepak juga dipertandingan tetapi ia disertai oleh penduduk Kg. Indarason Laut.
Aktiviti sepak raga berkumpulan juga dipertandingankan.
Halangan ini juga perlu dilalui oleh setiap peserta. Kumpulan yang berjaya menamatkan dalam tempoh yang pantas dikira pemenang.
Aktiviti kumpulan juga dibuat seperti tempuh halangan yang mana para peserta mestilah berjalan melalui titian kayu dan berenang beberapa meter dan mendaiki bukit dan benyeberangi sungai dengan menggunakan tali yang diberikan dalam keadaan sungai yang dalam. Aktiviti lasak ini juga memberi kekuatan mental peserta walaupun dalam keadaan panas.
Selama 3 hari 2 malam berada di Kg. Indarason Laut, makan sapi sahaja.. hihihihi.... tapi sedap... nak rasa.. ikutlah program ini pada masa akan datang.
Makan secara jemaah ini adalah sebahagian rutin setiap kali program. Makan dalam talam ini juga mengeratkan lagi talisilatulrahim di antara peserta.
Khemah dan Gedjet yang hambpir siap yang dibuat oleh kawasan kudat.
Pengarah Jambori Amal 2010 ( Azman Bin Madusin ) memberi sekata dua bagi menjayakan majlis perasmian program jambori amal. Yang mana beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Kg. Indarason Laut kerana memberi kerjasama yang baik.
Pada masa yang sama, bagi kalangan kanak-kanak pula, diberikan tayangan video kartun yang bertajuk Muhammad saw. Video ini mengisahkan tentang riwayat hidup Nabi Muhammad saw. Tentangan yang dihadapi oleh Abu Jahal dan sekutu-sekutunya.
Ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Samad kepada penduduk Kg. Indarason Laut, yang mana beliau menekankan tentang kepentingan ibadah dan juga budaya barat yang telah menular di kalangan orang islam pada hari ini.
Masa yang sama gotong-royong juga dibuat, iaitu membersihkan masjid dan baikpulih tandas yang sudah rosak. Gambar ini diambil semasa peserta jambori amal tengah membersihkan tempat usungan jenazah yang sudah berkarat untuk di cat semula.
Aktiviti pertama, iaitu Pertandingan Khemah dan Gedjet yang mana setiap kawasan akan menghantar 5 orang ahli dari kalangan pelajar-pelajar sekolah. Pertandingan ini mengikuti kretifviti kumpulan masing-masing.
13/03/2010, jam 7.30 pagi, taklimat bersama para peserta jambori amal yang terdiri daripada kawasan Keningau, Sepanggar, Kota Marudu/Pitas, Kota Belud dan juga Kudat. Taklimat yang di sampaikan oleh Pengarah Program ( Azman Bin Madusin ) bersama Saf Pimpinan Jabatan Amal Negeri Sabah. Seramai lebih 130 orang peserta termasuk ajk.
Taklimat diberikan kepada 2 kawasan yang sampai dulu iaitu kudat, kota marudu dan pitas. Rombongan dari kudat tiba ke tempat perkhemahan pada sebelah petang iaitu sekitar jam4.00 petang.
Sementara menunggu rombongan yang kawasan lain, YDP dan ahli PBMDK bergotong royong membantu bahagian masakan untuk memudahkan ajk memasak untuk menyediakan masakan. Daging sapi ini adalah sumbangan akikah yang telah diberikan oleh penyumbang-penyumbang.


Dengan adanya program sebegini, diharap ia dapat di teruskan pada masa akan datang. Kami mewakili PBMDK mengalu-alukan keahlian setiap orang yang berasal dari Kudat, Matunggung, Kota Marudu, Pitas dan Banggi.

0 comments:

Post a Comment