Tuesday, August 18, 2009

Misi Pertama Berjaya...


Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan gerak gempur ramadhan. 1 usaha dalam menjayakan lagi misi dakwah bil hal di daerah kudat. Tidak ketinggalkan jua kepada warga kudat yang memberi sokongan untuk menjayakan misi ramadhan ini. Misi ini tidak terhenti di sini sahaja, malah ia akan ada lanjutan pada masa akan datang. Jika sesiapa yang belum dapat Risalah Ramadhan ( Cahaya Ramadhan Siri 1 ) bolehlah download di ruangan bahan kongsi. Risalah ini di cetak sebanyak sekitar 600 keping sahaja untuk permulaan. Insya-Allah, siri yang akan datang akan di tambah lagi kepada nilai yang lebih tinggi. Kepada sesiapa yang sudi memberi sumbangan untuk menjayakan misi dakwah ramadhan ini bolehlah berhubunga terus dengan saudara Azman Bin Madusin di talian 019-8714941. Kepada semua peserta, teruskan perjuangan anda, perjuangan anda baru bermula. Jangan menoleh ke belakang lagi. Kudat perlukan wacana baru dalam mengenal erti sebuah kehidupan harmoni yang berlandaskan syariat Allah.

Hari ini lebih baik dari hari kelmarin,
dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Takbir!!
Allah hu Akbar...
Allah hu Akbar...
Allah hu Akbar...

2 comments:

Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat said...

cahaya Ramadhan Siri ke-2 sudah ada. Sila download di ruangan Bahan Kongsi. Bersama membudayakan ilmu. Edarlah risalah tersebut kepada sesiapa yang memerlukan.

Evelyn said...

bagus nya program kalian nih. semoga Allah membalas usaha2 yang murni ni. imarahkan bumi kudat ni dgn program2 ilmu.. :)

Post a Comment