Tuesday, August 11, 2009

Nisfu Sya'ban 4 Ogos 2009
















Berbekalkan lampu minyak tanya, amalan Nisfu Sya'ban tidak menjadi halangan kepada Kg Bangau, Sikuati yang mana kebanyakan penduduk kampung adalah mualaf. Golongan yang mana memerlukan bimbingan agama. Kunjungan persatuan bersama dengan Ust Agus di sambut dengan meriah. Meksipun kehadiran kami lewat, bilal Surau Al-Falah menanti juga kehadiran kami petang itu. Pengisian Nisfu Sya'ban telah di berikan oleh Ust Agus. Kemeriahan pada malam itu tidak dapat dilupakan. Sama-samalah kita mendoakan agar Surau Al-Falah mendapat kemudahan asas dengan cepat, agar ia dapat digunakan dengan cepat lebih-lebih lagi bulan ramadhan yang tak lama lagi. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan untuk pembanganunan Surau Al-Falah sila lawat ke www.suraualfalah2009.blogspot.com, dan berhubungan dengan saudara zahari selaku pengerusi surau al-falah, kg bangau. Setiap sumbangan anda amat-amat di perlukan, Ingatlah bahawa selagi mana ia dibelanjakan untuk agama Allah, sudah pasti ia akan mendapat pahala yang amat besar, meksipun telah meninggal dunia. Pahala tersebut akan sentiasa mengalir selagi mana ia digunakan. Waallahhualam.

0 comments:

Post a Comment