Monday, August 24, 2009

Misi Ke-2 pun berjaya...



Segala Puji Bagi Allah yang menurunkan hujan dari langit, yang mengadakan yang tiada dan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Sekalung kesyukuran dan sujud syukur kehadratNya kerana memberi ruang dan peluang kepada pencinta agama untuk berjuang dalam menegakkan islam di bumi kudat. Kejayaan Siri ke-2 ini adalah bertambahnya pecinta agama dalam menyebarkan agama dalam bentuk risalah. Siri ke-2 ini, pihak persatuan telah mengeluarkan sebanyak 800 keping untuk di edarkan di bazar ramadhan. Alhamdulillah, edaran risalah ramadhan yang bermula jam 4.50 petang telah selesai pada jam 5.30 petang.

Dengan raut muka yang santai sambil memberi risalah satu kejayaan pada hari ini, risalah ramadhan siri yang ke-2 ini boleh di perolehi di bahagian bahan kongsi. Pihak persatuan mengharapkan bahan-bahan ini bolehlah di download dan diedarkan kepada sesiapa sahaja. Berdakwah melalui risalah.

Kepada pecinta agama, kita akan turun ke bazar ramadhan lagi pada minggu hadapan iaitu pada hari isnin 31 Ogos 2009 ( tertakluk pada perubahan ). Kudat perlukan perubahan, maka kita yang mempunyai kesedaran perlu bangun dalam lena supaya kita tidak lagi terus terlena dan dibuai mimpi. Belia muslim perlu bangkit, kerosakan belia telah berluluasa di kudat. Maka, ia adalah 1 tanggungjawap kita semua. Bergerak berjemaah bukan bergerak seorang. Lahirkanlah keikhlasan dan tanggungjawap pada diri kita dalam mengenang nasib belia kudat pada masa akan datang. Ia hanya dapat di ubah oleh belia pada hari ini. Yakinlah hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita semua. Jadi, apa-apa berlaku kena pengang tali Allah, jangan lepaskan ia walaupun nyawa kita menjadi taruhannya. Takbir!! 3x....

0 comments:

Post a Comment