Saturday, August 15, 2009

Persatuan sudah ada dalam senarai ROS


Syukur ke hadrat Allah, kerana memberi peluang, ruang, masa dan ketabahan kepada Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat, ahkirnya mendapat jua perkenaan dari pihak ROS kini tinggal menunggu sijil sahaja dari pihak ROS. Perkara ini boleh di lihat di ROS (masukkan nama PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT )yang mana napa Persatuan telah di daftarkan. Kini bermulalah satu gelombang perubahan kepada belia dan beliawanis untuk lebih mendekati kepada Agama Islam yang syumul. Dengan kekuatan yang sedikit dan di bantu oleh golongan yang berpendidikan dan berpengelaman di harap Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat dapat bergerak ke arah matlamat yang sebenar. Antara matlamat Persatuan adalah seperti berikut:

(1) Mempertabatkan budaya cintakan islam di kalangan belia muslim di kawasan Daerah Kudat yang mana merangkumi kawasan Pitas, Kota Marudu, Matunggon, Kudat dan Pulau Banggi.
(2) Memberi kesedaran kepada para belia tentang tuntuan agama islam sama ada Fardu Ain dan Fardu Kifayah.
(3) Melahirkan generasi muda yang berwibawa, berketrampilan baik dari segi akhlak dan mengurangkan gejala sosial dari kalangan belia muslim di Daerah Kudat dengan cara penyediaan modul-modul ( Latihan Dalam Kumpulan ) yang sesuai mengikut tahap belia itu sendiri.
(4) Mengalakkan lagi para belia melaksanankan dan meningkatkan aktiviti kesukanan, kebajikan, kebudayaan dan aktiviti sosial yang lain berlandaskan tuntutan agama islam.
(5) Berdamping dan mendekati para pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah agar dapat membantu mereka dari segi kongseling dan memberi kesedaran kepada mereka tentang hala tuju mereka semasa dan selepas sekolah.
(6) Berkerjasama dengan mana-mana persatuan yang berdaftar demi untuk memupuk persahabatan melalui integrasi nasional.

Ini adalah matlamat ataupun dasar perjuangan Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat, di harap warga muslim kudat dapat merelalasikan perjuangan Persatuan. Di harap Sijil pengesahan dari Pihak ROS dapat disegerakan. Sujud syukur kehadrat Allah di dahulukan.

Takbir!! Takbir!! Takbir!!!
Allah hu Akbar!!
Allah hu Akbar!!
Allah hu Akbar!!

0 comments:

Post a Comment