Thursday, August 27, 2009

Ceramah Ramadhan di Kg Muhibah..


Persatuan telah di jemput untuk memberi ceramah di Kg Muhibah yang mana kehadiran peserta ketika itu kebanyakkan orang-orang tua. Tidak kelihatan golongan muda-mudi yang hadir. Program ini adalah pemimpin bersama rakyat, turut hadir wakil daripada Yayasan Sabah, golongan politik dan juga penduduk kampung. Program ini selesai sebelum majlis berbuka puasa. Ahli persatuan hanya sempat solat berjemaah maghrib sahaja kerana selepas maghrib bertolak ke Kg Minyak untuk solat tarawih berjemaah bersama penduduk Kg Minyak. Selepas solat tarawih, tazkirah ringkas telah di sampaikan oleh Ust Agus. Sekitar jam 9.20 mlm bertolak balik ke rumah masing-masing.

1 comments:

AnisMuslimah said...

Tahniah! boleh ditingkatkan lagi, tengo dalam gambar tu yang ramai hanya golongan tua ja. Yang remaja & pemuda2 macam teda ja tu. apapun Teruskan perjuangan.

Post a Comment