Tuesday, September 8, 2009
Pengumuman !!!
Monday, September 7, 2009
Ceramah Nuzul Al-Quran di SMK Pekan I ( 07/09/09 )
Alhamdulillah, pada hari ini, SMK Pekan I telah menjemput persatuan memberi sedikit perkongsian ilmu dalam mencari erti penghayatan Nuzul Quran. Semoga semua mendapat manafaat bersama. Kami dari persatuan mengharapkan akan ada lagi program-program seumpama ini di mana-mana sahaja. Terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput kami dalam Misi Dakwah kami di Daerah Kudat. Di bawah ini sedikit bahan kongsi yang sempat diberikan. Waallah hualam
UNIVERSITI RAMADHAN
Penyertaan : Semua Umat Islam yang cukup syarat
Pensyarah / Tutor :
Kelas Teras : Puasa bermula terbit matahari hingga terbenam matahari, menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa sama ada 29 hari ataupun 30 hari
Kelas Elektif : Bersedekah, Qiamullail, Bersahur, Tadarus Al-Quran, Zikrullah, Mendengar kuliah agama dan lain-lain aktiviti bermanfaat.
Ujian Harian : Nafsu ( Syaitan & Iblis telah pun dirantai atau dibelengu )
Subjek Khusus : Solat Tarawikh`
Panel Penilai : Allah S.W.T
Peperiksaan Tersembunyi : Malam Lailatul Qadar
Sistem Pemarkahan (Tranpil) Takwa
Lapar dan dahaga
Konvokesyen : 1 1 Syawal
Berhadapan dengan Allah di syurga
Sesiapa yang dapat menghadapi malam itu dengan ibadat yg ikhlas dan bertepatan, akan mendapat markah bonus 1000 bulan.Semoga dapat menjadi graduan yang bertaqwa dan mendapatAnugerah Taqwa dari Allah. Semoga ilmu dan praktikal yang dilakukan dapat diterapkan didalam kehidupan seharian sesudah kita keluar dari Universiti Ramadhan ini.
Saidina Ali mentakrifkan taqwa dengan empat perkara;
1. Al-khauf min al-Jalil takut kepada Allah
2. Al-'amal bi al-tanzil beramal dengan wahyu yang di turunkan ( Al-Quran dan sunah Nabi saw )
3. Al-ridha bi al-qalil redha dengan sedikit yang dimiliki
4. Al-isti'dad li yaum al-rahil bersedia untuk hari kematian
JADUAL KULIAH UNIVERSITI RAMADHAN
3.00 am - Bangun, kendiri dan persiapkan diri untuk berqiamullail
3.30 am - Qiamullail dimulakan dengan Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat dan ditutup dengan Solat sunat witir. Selang selikan solat ini dengan zikirullah, selawat nabi dan munajat hamba.
4.00 am - Bersahur dan membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Subuh.
4.47 am - Solat Subuh berjemaah dan membaca Al-Mathurat
6.15 am - Jangan Tidur :-) tapi penuhi masa dengan membaca Al-Quran , zikir dan membuat persediaan ke tempat kerja atau sebagainya.
9.00 am - Solat Dhuha
12.00 pm - Bersedia untuk solat Zuhur berjemaah, membaca Al-Quran dan zikirullah.
3.14 pm - Solat Asar berjemaah dan membaca Al-Mathurat
5.00 pm - Membeli juadah berbuka puasa ( AWAS ! jangan membazir )
6.20 pm - Bersedia untuk berbuka puasa dan berbuka dengan menjamah kurma atau manisan.
6.30 pm - Solat Maghrib berjemaah, membaca Al-Quran dan berzikir
7.30 pm - Solat Isyak berjemaah, diteruskan dengan Solat Sunat Terawih dan tadarus Al-Quran bersama rakan atau keluarga.
11.00 pm - Tidur awal untuk berqiamullail pada esok hari. Niat puasa dan niat untuk bangun qiamullail.
رمضان) (
Ra : Rahmat
Mim : Maghfirah
Dhad : Dhoman ( jaminan )
Alif : Afdal
Nun : Nikmat
Tadarus Perdana dan Iftor Perdana 06/06/09
Kem Ibadah Ramadhan 06/09/09
Misi Ke-4 Berjaya 05/09/09
14 Ramadhan 1430, 04/09/09 ( Misi Dakwah )
Wednesday, September 2, 2009
KEM IBADAH RAMADHAN
PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT
TARIKH:
6 September 2009/ 16 Ramadhan 1430H
OBJEKTIF:
* Memberi kefahaman tentang kepentingan ibadah solat.
* Meningkatkan kesempurnaan ibadah solat.
* Memotavasikan peserta untuk cemerlang di dunia dan akhirat
ATURCARA PROGRAM:
HARI/ MASA | 9.00pg 10.00pg | 10.00pg 11.00pg | 11.00pg 12.00tgh | 12.10tgh 1.00ptg | 1.00pgt 2.00ptg | 2.00otg 3.00ptg | 3.00ptg 6.00ptg | 6.20ptg 9.00mlm | 9.00mlm |
AHAD 06.09.09 | Pendaftaran | Kuliah 1 “ Ibadah Solat : Sempurna atau tidak ?” | Halaqah 1 | Solat Zohor | Halaqah 2 | Kuluah 2 “ Solat membina Peribadi Unggul” | Solat Asar & Majlis Tadarus | Majlis Iftar/Solat Maghrib/Solat Isyak/ Solat Tarawih | Bersurai |
JADUAL WAKTU SOLAT
Hari | Subuh | Zohor | Asar | Maghrib | Isyak |
Ahad 06.09.09 | 4.47 pg | 12.13 tgh | 3.16 ptg | 6.18 ptg | 7.28 mlm |
URUS SETIA :
Penasihat : Ustaz Mohd Fadhli Bin Mohd Yusof
Penyelaras : Ustaz Rosdam Hanabi bin Mohamed
Penolong Penyelaras : Azman Bin Madusin
Fasilitator : AJK Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat
PERATURAN PESERTA:
* Berakhlak mulia dan memberi penumpuan sepanjang program
* Peserta diwajibkan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
* Peserta diwajibkan solat berjemaah
* Hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas dan sopan sepanjang program
* Tempat aktiviti mestilah sentiasa bersih, kemas dan teratur
* Sekirannya ada peserta yang sakit dan memerlukan rawatan, peserta hendaklah menghubungi urus setia
PERKARA YANG PERLU DI BAWAH
* Alat tulis
* Pakaian solat
* Al-Quran
* Zikir munajat
GOLONGAN SASARAN
Semua peserta KPI Siri I, KPI Siri II dan pernah mengikuti program persatuan belia muslim daerah kudat.