Wednesday, June 17, 2009

Perjumpaan Ke-3



Pada 16/06/2009 satu perjumpaan antara ajk tertinggi program telah di adakan di Masjid As-Syakirin Kudat. Ia telah di hadiri oleh Pengerusi, Tim. Pengerusi, Bendahari, Setiausaha program,ustaz Jais, ajk muslimat dan fasilitator. Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan tentatif program dan pembahagian bidangkuasa program. Ia juga melibatkan penceramah yang di jemput sama ada dalam slot ceramah mahupun tazkirah. Sebanyak 3 slot untuk ceramah, 4 slot untuk tazkirah dan 3 slot untuk LDK di bincangkan. Selain dari itu, Ust Fadzli telah menerangkan hala tuju program ini di adakan. Ust Jais juga telah memberi pendapat tentang perjalanan program ini. Target program ini adalah pelajar yang berusia 14 hingga 17 tahun. Sebanyak 8 buah sekolah yang terpilih iaitu Sekolah Menengah Sikuati, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Abdul Rahim I, Sekolah Menengah Abdul Rahim II, Sekolah Menengah Pekan I, Sekolah Menengah Pekan II, Sekolah Menengah St Peter dan Sekolah Menengah Lok Yok. Semoga Program ini berjalan dengan lancar.

0 comments:

Post a Comment