Friday, June 12, 2009

Membaca Yasin jadikan amalan


Semalam 11-06-2009 bersamaan dengan hari khamsi malam jumaat, saya dengan beberapa sahabat-sahabat lain telah di jemput menghadiri majlis bacaan yasin di Masjid Polis Daerah Kudat sekali dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ust Agus. Intipati tazkirah yang di sampaikan oleh Ust Agus berkenaan dengan Amanah selaku kalifah di muka bumi, sama ada seorang guru,penjawat awam, polis, ibu bapa, anak dan sebagainya. Peyampaian cukup jelas tentang tanggungjawap sebagai seorang kalifah. Allah mengangkat martabah kalifah ( manusia ) daripada kalangan hamba-hambaNya untuk membuktikan bahawa Allah Maha Kuasa.

Setelah selesai tazkirah, kami sama-sama solat isyak berjemaah dengan warga polis yang hadir malam itu. Kami di beri jamuan malam bersama warga polis sambil cerita-cerita. Ya Allah, bila dapat tahu keadaan kudat ini dari pegawai-pegawai polis, cukup menyentuh hati saya. Remaja kudat dalam keadaan tenat. Bak pepatah pak polis " Di rumah di tolak, di luar di tarik " Inilah keadaan remaja kudat masa ini. Siapa yang patut di salahkan??? Bila melihat keadaan remaja kudat, lebih-lebih lagi hari sabtu ( hari remaja ), pelik-pelik remajanya. Budaya siapa yang di ikuti?? Banyak perkara yang dikongsikan pada malam itu.

Saya terfikir golongan remaja yang memahami hati remaja. Maka bagi saya, remaja yang dapat mengubah remaja itu. Maksudnya kena ada segelentir yang perlu tampil. Tapi siapa yang mahu tampil?? Dari mana datangnya golongan itu?? Ya Allah, jika Engkau lahirkan golongan itu di kudat, maka Engkau lahirkan ia dalam Fikrah Islammiyah. Secara kesimpulannya, saya mengharapkan warga islam kudat bersama-sama berjuang mempertabatkan budaya islam di muka bumi Kudat ini. Dengan adanya persatuan ini, maka kalangan remaja islam kudat dapat disatukan. Inilah salah satu matlamat persatuan ini ditubuhkan. Dari remaja untuk remaja-azman

0 comments:

Post a Comment