Sunday, June 28, 2009

Allah bagi peringatan kepada warga Kudat..


Kudat dilanda musibah dan peringatan daripada Allah ???.. Allah telah menunjukkan kekuasaannya ke atas hamba-hambaNya yang beriman. “ Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. Tapi kudat masih lagi terlena dengan tanda-tanda semua ini. Tanda-tanda itu ialah Allah telah tunjukkan kepada warga kudat, air laut naik sampai ke pekan kudat. Parit-parit melimpahkan air laut di sekitar pekan kudat. Penyakit H1N1 juga telah sampai ke kudat, mana perginya kesedaran warga kudat??? Belia-beliawanis kudat masih lagi dengan tren mereka masing-masing, terbawa-bawa tren barat. Dari segi pakaian, cara pergaulan dan banyak lagi. Ini juga adalah peringatan kepada warga Kudat. Wahai warga kudat, sedarlah.... pasti akan hampir bala Allah pada kita. Bila-bila masa sahaja ia akan mengambil kembali haknya dari kita. Kembalikan kegemilangan islam. Mahukan kudat di samakan dengan kaum-kaum yang Allah telah binasakan dan digantikan dengan kaum-kaum yang lebih baik!!!!

0 comments:

Post a Comment