Monday, March 1, 2010

Inilah tempat anak-anak Kg Indarason.... menyedihkan..


Yang menyedihkan, inilah tandas guru-guru di sini. Tidak kasihankah kita bila melihatnya.
Ini juga salah satu rumah guru yang mengajar di sekolah ini. Berpapankan kayu buruk, bertanggakan kayu yang sudah patah, sampai bila guru-guru di sini macam begini?? Banyak perancangan kerajaan tetapi kenapa guru-guru di sini pula yang jadi mangsanya. Sepatutnya mereka dapat yang selesa sedikit, Sekolah ini tidak jauh dari pekan Matunggung.
Inilah penyambungan yang dibuat, penggunaan elektrik dari Pra Sekolah yang mana lampu, kipas soket dan macam-macam lagi. Adakah soket yang berkuatan rendah ini menampung bekalan kuasa yang diperlukan oleh Pra Sekolah !!! kalau ia pun tapi sampai bila!!! tunggu soket ini terbakar kerana tidak dapat lagi menampung bekalan yang diperlukan?? Logik tidak dengan hanya arus 3A sahaja untuk disambung ke rumah yang besar??? Adakah ia diluluskan oleh SESB !!!
Ini pula Pra Sekolah, cantik mempunyai corak dan permainan tetap menakutkan kerana bekalan elektrik tidak di sambung bahkan mengambil langakah yang memudaratkan dengan membuat penyambungan haram daripada bekalan elektrik dari sekolah untuk di salurkan ke Pra Sekolah. Sampai bila!!!!!..... Tunggu ada anak-anak kampung yang mati barulah ia dibetulkan, masa itu baru menyesal..
Ini pula rumah guru, meskipun bekalan elektrik sudah disambung tetapi rumah guru yang ini pula masih lagi berlampukan pelita dan lilin setiap malam, demi masa depan anak-anak, mereka tidak menghiraukan perkara ini tetapi sampai bila pihak bertanggungjawap membiarkan nasib mereka sebegini.
Inilah kelas pelajar-pelajar, di tutupi oleh sekeping papan yang nipis yang mana tinggal menunggu masa lagi. Ruang belajar yang tidak cukup menyebabkan pondok ini di dirikan, ini juga atas kerja tangan penduduk kampung, bagi melihat anak-anak mereka dapat belajar di sini.
Inilah batu bersejarah menandakan bermulanya era pembelajaran di Kg. Indarason, kelihatan cantik dari luar tapi... Inilah rumuhku syurgaku bagi kanak-kanak Kg. Indarason.


Mereka juga seperti kita, mereka juga perlukan yang selesa tapi kenapa tidak ada orang yang melihat perkara ini dengan serius lebih-lebih lagi wakil rakyat di sini. Sepatutnya merekalah yang membantu kerana mereka telah dipilih oleh rakyat. Kami dari PBMDK mengharapkan agar selepas artikal ini disiarkan akan ada orang sudi menbantu sekolah ini. Pihak sekolah juga kena memandang ia serius, ini melibatkan masa depan anak-anak Kg. Indarason.

" Bantu anak-anak hari ini untuk melihat pemimpin masa hadapan "


3 comments:

Anonymous said...

saya asal dari kg ni..jgn nak di salahkan siapa2..tapi lihat guru2 di sana dan termasuk jga pentadbir..mereka ni sibuk cari rm sendiri ja..berkereta besar sana sini..tengok dari luar ja tu sakit tapi banyak "eksen" orng kampung bilang...sekolah ni dulu sebenarnya cantik.tapi kalau sya lah guru besar di sana tdk akan jadi mcm ini...pasang surutnya laut sejak 20 thn yg lalu sehinggaah kini memang saya tahu benar sifat org2 kg ni...

Anonymous said...

saya sokong tu tuan, saya pun asal dari kg. ni...susah sangat penduduk kampung ini berkerjasama...haraf-haraf kg ini diberi kemajuan dengan secepat mungkin memandangkan kawasan ini dimajukan sebagai kampung nelayan....

Anonymous said...

Guru-guru boleh berkongsi untuk keluarkan wang saku dan bina sendiri tandas yg lebih baik...jika mereka mahu. Kalau mereka berpindah sekalipun, dapat juga dimanafaatkan oleh guru-guru baru.. kan itu sedekah namanya.
Secara tak langsung dpt mendidik penduduk setempat yg mereka boleh berdikari untuk menyediakan keperluan asas...

Post a Comment