Sunday, March 7, 2010

Mesyuarat ke-5 PBMDK 07.03.2010



Ahlamdulillah, mesyuarat Pimpinan PBMDK dapat dijalankan meksipun yang hadir adalaha 2/3 dari kesemua pimpinan yang ada kerana mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan. Dalam mesyuarat ini, banyak menyentuh tentang perkembangan setiap lujnah dan pergerakan persatuan. Banyak lontaran-lontaran idea yang bernas telah diberikan dalam memantapkan lagi PBMDK dalam menyampaikan syiar islam di bumi kudat. Sedikit tazkirah yang disampaikan oleh YDP PBMDK bagi memantapkan lagi persatuan yang mana YDP membawa tajuk Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama yang telah dikarang oleh Imam Habib Abdullah Haddad dan diterjemaah oleh Syeh Ahmad Semait.

Dalam mesyuarat ini juga, YDP juga telah menyatakan bawah PBMDK kena kemas dalam menjayakan sesuatu program yang hendak dijalankan dan hendaklah berstartegi dan jadikan kelemehan-kelemahan yang lepas sebagai iktibar buat masa akan datang. Setakat ini jumlah ahli yang berdaftar ada seramai 63 orang dan yang belum berdaftar lagi lebih dari 400 orang. Insya-Allah bulan Mac YDP mensasarkan penyertaan seramai 100 hingga 200 orang ahli baru akan berdaftar di bawah PBMDK.

YDP mengariskan beberapa perkara yang perlu diperhalusi oleh setiap pimpinan yang lain. Ada 2 program besar PBMDK akan menyusul pada bulan April ini dan pada bulan ini YDP menyarankan semua pimpinan muslimin PBMDK ikut serta dalam Jambori Amal di Kg. Indarason Laut pada 12 hingga 14 Mac 2010 ini.

0 comments:

Post a Comment