Friday, January 8, 2010

Ladang BABI akan di buat di kudat.....




Terkejut dengan berita ini, YDP dan pimpinan lain telah pergi ke Urusetia Kudat untuk melihat sendiri berita tentang kabar angin. Rupanya betul, tinggal berapa hari lagi untuk membuat bantahan agar Projek ini dapat dihentikan. Tahap sensetifiti warga kudat dengan perkara ini amat membimbangkan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Ini bermakna kudat juga akan menjadi salah tempat penternakan BABI terbesar di Sabah, bahkan di Malaysia. Tersentak dengan itu, tempat yang dipilih amat mengejutkan. Di sini disenaraikan tempat-tempat yang dirancang akan di bina ladang tersebut.
  1. Jalan Bak-Bak Tajau
  2. Kg. Tamalang
  3. Kg. Barambangon
  4. Kg. Kimihang
  5. Kg. Lau San
  6. Kg. Tamalang Jalan Bukit
Kenapa ia perlu berada di kawasan kudat?? Tidak cukupkah 1 sahaja yang ada di kudat ini? Kenapa perlunya di tambah 6 lagi?? Wahai umat Islam Kudat, tidak malukah kita bila dipadang kita ini tempat najis-najis Babi!!! berairkan najis Babi?? Laut yang kita ada telah disalah ertikan?? Tarikh tempoh rayuan pembatalan projek ini telah hampir.. Kita masih lena tidur, bila dah terjadi baru kita menyalahkan pihak lain. Wahai warga Kudat, apa peranan kita?? Mahukan kita diCOP sebagai ladang Babi!!! Oleh yang demikian bangkitlah kita bersama-sama untuk mengelak perkara ini supaya berlaku. Oleh yang demikan, pihak PBMDK telah mengajurkan tandatangan untuk membantah projek ini di buat. Esok ( 09/01/10 ) di Dewan Tun Mustapha akan ada dibuat 1 kaunter turunkan tandatangan untuk menbantah projek ini dan di pos terus ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternakan untuk proses pembatalan projek ini. Masjid dan Surau Daerah Kudat diharap dapat menyebarkan perkara ini. Untuk pengetahuan warga blog, sila dapatkan maklumat terus ke Pejabat Daerah Kudat, berkenaan dengan isu ini. Notis ini ditampal di sebelah pintu masuk ke Jabatan Tanah & Ukur.

Muslimkudat.

3 comments:

Unknown said...

Assalamua'laikum w.b.t

Bos, nampak macam emo sangat ja ni.. Jan bah emo sangat.. Biar sensitif dalam cool (berhikmah), ehe (^^,)

Insya Allah nanti saya lanjutkan tulisan ni dalam kerangka undang2 alam sekitar secara am..

Kita kena ada kajian fakta dan hujah untuk membina 'ketumbukan' bantahan yang mantap dan seterusnya berkesan dalam isu2 sebegini.

Teruskan berjuang d(^^,)

YDP said...

HIHIHIH... kudat ni kena ketuk baru terasa.. kalu mcm ni baru dorang tahu. hari ni kita sedarkan bahayanya projek ini di kudat

AnisMuslimah said...

Buatlah dengan penuh Hikmah dan Bijaksana...

Jangan emo..emo... :-)

Post a Comment