Saturday, January 9, 2010

Turunkan tandatangan


Pada 09-09-10 telah dilancarkan TURUNKAN TANDATANGAN di Dewan Tun Mustpaha untuk membantah Mengeluarkan Lesen Operasi Ternakan BABI di 6 Kawasan terpilih. Edaran ini dibuat dari seorang ke seorang untuk melihat keperhatinan mereka dalam isu lesen operasi ternakan babi ini. Alhamulillah, sambutan mengalakan juga walaupun ada yang tidak sudi turunkan tandatangan. Sebanyak 170 tandatangan yang dapat dikumpul pada hari sambutan Maal Hijrah. Tahniah juga di ucapkan kepada Kg Andab Bangau kerana menerima anugera Surau Aktif, Masjid Kg Aier mendapat Ketegori Masjid Aktif dan tokoh Maal Hijrah pada tahun ini di sandang oleh En. Bakhri Bin Abdullah ( bekas seorang paderi ) yang banyak membantu dalam menyebarkan islam dan perbandingan agama. Di harap aktiviti seperti ini diteruskan lagi.

Di samping itu juga, warga pimpinan PBMDK juga turun memberi menderma darah bagi menjayakan misi pihak kesihatan yang mana tabung darah kudat hampir habis. Di harap program-program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang..


Gambar bersama pemenang surau yang aktif iaitu Surau Al-Falah


1 comments:

MSS LaWLiET said...

Assalamua'laikum w.b.t

Syabas atas usaha yang dilaksanakan!

Tahniah atas anugerah/kejayaan yang diraih!

*Kepada YDP, pimpinan & ahli2 PBMK yang lain, maaf kerana saya tidak dapat menyertai anda semua bagi memeriahkan lagi majlis kita ini.

Moga di peluang yang lain lagi, saya berkesempatan untuk bersama2 dengan kalian semua, mudah2an dengan izin-Nya.. ^^,

"Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah"

Post a Comment