Hadirin yang datang ke Majlis Penyerehan Sumbangan Fakir Miskin, kelihatan wakil dari Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Ust Rosdam dan Ust Fadzli Sumbangan disampaikan oleh YDP PBMDK kepada ibu tunggal dan juga fakir miskin Sumbangan untuk fakir miskin yang disampaikan oleh Cikgu Samad Sumbangan diberikan oleh wakil Usrah Team, Cikgu Samad kepada fakir miskin Ucapan oleh YDP Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat. Gambar ini adalah diambil semasa Majlis Pelancaran Gerak Gempur Ramadhan yang mana baju putih itu adalah Pengerusi Masjid Kg Indarason Laut, Ustaz Asmaun dan di tengah-tengah itu adalah Cikgu Samad mewakili Usrah Team dan YDP Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat, saudara Azman Bin Madusin
YDP bersama sahabat-sahabatnya lain bagi menjayakan lagi GERAK GEMPUR RAMADHAN 2010 di Masjid Al-Akmal, Masjid Landung Ayang, Kudat YDP berbincang dengan Imam Rawatib, Masjid Al-Akmal, Masjid Landung Ayang.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa, Sumbangan telah di agikhkan kepada fakir miskin yang terpilih sekitar kudat. Ust Rosdam mewakili Usrah Team telah menyampaikan sumbangan tersebut. Aik... Husnah pun ada.. ( yang duduk belakang Abih dia. ) Ha... nampakpun Husnah.. yang segak di bahagian belakang tu adalah Ust Fadzli Ahmad, Pegawai JAKIM dan di sebelah kanan adalah wakil dari JHEANIS iaitu Ust Jamli
YDP memberikan sepatah dua kata bagi pihak PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT kepada semua yang hadir yang mana ia telah menyentuh bahawa sumbangan yang telah di terima adalah sumbangan daripada sahabat-sahabat, guru-guru yang bersimpati, pihak masjid dan surau. Di harap selepas ini akan ada lagi sumbangan demi sumbangan akan di terima bagi meringankan beban fakir miskin.
Kepada sesiapa yang sudi berkongsi simpati dengan fakir miskin ini bolehlah berjumpa terus dengan pengarah program ataupun YDP PBMDK sendiri ataupun bank in terus ke akaun PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT, seperti tertera di atas sebelah kanak. Sumbangan amatlah digalakkan.
" Kenapa perlu kita sahaja yang bergembira, mereka juga patut bergembiara "
Untuk pengetahuan semua pada hari sabtu ini, akan diadakan 1 majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada fakir miskin yang terpilih. Sumbangan ini hasil daripada sumbangan yang dikumpul daripada penyumbang-penyumbang yang dari Daerah Kudat, sama ada pihak masjid ataupun orang perseorangan. Berikut adalah tetatif program
jam 5.30 petang - Berkumpul di Masjid Landung Ayang
- Ucapan Penganjur
- Sumbangan Diberikan kepada fakir miskin yang terpilih
jam 6.29 petang - Solat Maghrib berjemaah
- Bersurai
Sumbangan masih diperlukan untuk sumbangan minggu hadapan.
Syukurlah walaupun kehadiaran ahli yang tidak ramai tetapi tetap berjalan dengan lancar. Di harap Edisi ke-2 nanti dapat berjalan dengan jayanya. Edaran yang pertama ini sebanyak 900 keping sahaja. Terima kasih atas sumbangan NISA Kudat kerana membantu dalam menjayakan Gerak Gempur Ramadhan kali ini. PBMDK mengharapkan sumbangan dari semua pihak, baik kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan..