Monday, February 8, 2010

Semut Merah bagi bantuan Mangsa Banjir di Kota Marudu










Setibanya kami di Masjid Pekan Kota Marudu, kami disambut oleh JKKK dan sahabat2 yang lain. Terperanjat bila melihat kesan dari banjir tersebut, pada mulanya lebar aliran sungai itu sejauh 2 meter tetapi selepas banjir mengakibatkan lebih 10 meter dan meranapkan beberapa buah rumah dan bot-bot penduduk kg yang berhampiran dengan sungai hilang di bawah arus banjir, beras dan pakaian terpakai yang mampu dikumpul untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Jelas di raut wajah penduduk kg yang terlibat banjir memerlukan bantuan. Mengikut JKKK bawah ada seramai 600 keluarga yang terlibat. Hanya mampu dibantu segelentir sahaja. Masjid Pekan Kota Marudu pun terkena tempias banjir dimana dipenuhi oleh banjir lumpur. Kesan banjir masih lagi menghantui penduduk kg sekitar sungai tersebut. Bencana ini menjadi pengukur bagi orang-orang yang beriman, semoga penduduk kg dalam rahmat Allah. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang hendaklah berhubung terus dengan YDP PBMDK.

0 comments:

Post a Comment