Thursday, July 9, 2009

Belia kudat dalam keadaan tenat..


Nur solat sedikit demi sedikit telah Allah tarik dari warga kudat. Masjid segak dan megah terpacak tapi yang mengimarahnya cukup menyedihkan. Andainya inilah pejuang-pejuang yang berperang, pasti dan pasti umat islam akan kalah. Kekalahan yang amat-amat teruk sekali. Kekuatan islam itu telah Allah tarik balik. Sedih bila melihat keadaan macam ini berlarutan. Mana perginya golongan belia-belia??? Yang paling sedih lagi, bila di anjurkan pesta-pesta melalaikan, di sinilah kita melihat golongan-golongan muda mudi berhimpun. Malam Jumaat yang penuh berkat umpama malam-malam biasa bagi kebanyakan warga kudat. Belum ada kesedarkan. Siapa yang perlu di persalahkan ?? Wahai belia kudat, bangkitlah dari lena mu. Pasti ada masa lagi untuk kita perjuangkan islam di bumi Kudat ini. Program-program agama pun kurang sambutan. Tengok saja solat 5 waktu. Segala puji bagi Allah..

0 comments:

Post a Comment