Monday, September 6, 2010

0

Sajian di akhir ramadhan












Inilah sajian yang diberikan kepada warga muslim Daerah Kudat untuk menyambut syawal. 10 Malam terakhir umpama hari-hari biasa, Solat tarawih tidak dipedulikan lagi. Ada yang sanggup datang awal untuk semata-mata untuk mencari keseronokan. Duit dilaburkan agar selepas keluar dari pintu masuk akan dapat hasil yang lumayan. Azan Maghrib dan isyak tidak bermakna. Seruan muazin " حي على الصلاة", marilah mendirikan solat, telinga-telinga mereka di tutup rapi oleh muzik yang kuat. Ada di kalangan orang muslim kudat langsung tidak solat maghrib dan isyak semata-mata nak memanaskan punggung-punggung mereka di fanfair. Keberkatan ramadhan di ragut oleh tangan-tangan manusia yang tidak tahu menbezakan bulan ramadhan dan bulan-bulan lain. Bagi mereka, duit duit duit.... untung untung untung....

Mana perginya orang yang lantang berbicara...
Mana perginya umat islam kudat....
Mana perginya.... mana perginya...

Lelaki perempuan... yang bersuami ... yang beristeri sama sahaja.

Jika bukan bulan ramadhan, para iblis dan syaitan berkuasa.. tapi bulan ini.... bulan ramadhan.. hanya tinggal nafsu!!! Kamu memang hebat, Nafsu!!..

Kudat... bila lagi nak sedar ini...
tunggu puting beliung datang balik!!!
amaran tsunami di kumandangkan...

10 Malam terakhir ini telah tercemar pun..
kita masih tersenyum.. kita masih sepakat dengan mereka..
apakah jadah semua ini!!!!

Tidak cukupkan berlambak-lambak kes yang berlaku..
Tidak cukupkah kematian anak-anak kudat..
Tidak cukupkah.... Tidak cukupkah....

Oleh itu, berpesan-pesanlah kita ke arah kebaikan dan jangan berpesan-pesan ke arah kecelekaan. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..

Saturday, September 4, 2010

0

Program Sehari Bersama Anak-Anan Yatim


Gambar bersam pimpinan dan peserta lelaki
Bergambar bersama Puan Latifah, wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kudat yang sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kami bagi menjayakan Program Sehari Bersama Anak-Anak Yatim
YDP PBMDK mengingiri Ust Zaidi bagi menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim
Peserta tengah memilih pakaian yang sesuai untuk anak-anak yatim. Kelihatan mereka tengah memilih warna yang sesuai untuk mereka.
Peserta telah selesai memilih pakaian yang sesuai untuk anak-anak yatim dan tinggal membayar pakaian tersebut.

Peserta mencuba pakaian yang terbaik untuk anak-anak yatim. Dari 1 ruang ke 1 ruang sehingga mereka suka dengan pakaian tersebut.
Bakal bapa. hihihhi.. Memerhatikan anak-anak yatim ini memilih pakaian yang sesuai.
Ini pula LDK1 yang telah di kelola oleh pimpinan PBMDK

Gambar bersama peserta program dan anak-anak yatim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah telah melancarkan program yang telah dirancang ini dengan jayanya. Sekalu penghargaan kepada ahli PBMDK yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Kepada semua penyumbang, PBMDK mengucapakan ribuan terima kasih, kerana sumbangan tuan/puan, program hari ini berjalan dengan lancar. Zakat harta yang tuan/puan berikan itu digunakan sebaik-baiknya agar harta tuan/puan diberkati oleh Allah. Semoga Ramadhan pada tahun ini bererti bagi PBMDK khasnya dan semua umat islam amnya.. kepada jabatan kebajikan, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkerjasama dengan kami bagi menjayakan program ini. Semoga syawal yang akan menjelang ini bererti kepada semua orang lebih-lebih lagi anak-anak yatim ini.

Jom tengok