Sunday, March 14, 2010

0

Jambori Amal 2010 Kg. Indarason Laut


Penyerahan Lencana Briged Amal dibuat, ia di sampaikan oleh Pengarah 1 Unit Amal Negeri Sabah, Saudara Saifuddin. Dengan pelancaran Briged Amal ini, maka rasmilah Briged amal peringkat Negeri Sabah.
Pengarah Program dan juga ahli PBMDK dalam majlis penerangan Unit Amal Negeri. Secara tidak langsung Saudara Azman Madusin ( Pengarah Program ) dan juga YDP PBMDK memangku jawatan Ketua Unit Amal Kawasan Kudat.
Persembahan setiap kawasan juga dipertandingkan pada sebelah malam selepas penyampaian sumbangan kebajikan kepada penduduk kampung. Selepas petandingan setiap kawasan, penyerahan anak angkat dibuat. Seramai 22 keluarga angkat yang sukarela mengambil keluarga angkat.
Pada sebelah malam pula, penyerahan bantuan kebajikan keapda sebahagian penduduk kg dibuat dan juga penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang.
Tarik tali juga dipertandingkan. Kepenatan yang tidak terhingga di raut wajah setiap peserta tidak menghalangkan mereka mengikuti setiap aktiviti yang dijadualkan. Aktiviti yang bermula sebelah pagi hingga ke petang. Aktiviti ini juga melibatkan penduduk Kg. Indarason Laut.
Tidak dilupakan juga aktiviti dengan kanak-kanak Kg. Indarason Laut dibuat. Semangat yang diberikan oleh kanak-kanak ini begitu baik dan keseronokan mereka terpapar di raut wajah mereka.
Pertandingan bola sepak juga dipertandingan tetapi ia disertai oleh penduduk Kg. Indarason Laut.
Aktiviti sepak raga berkumpulan juga dipertandingankan.
Halangan ini juga perlu dilalui oleh setiap peserta. Kumpulan yang berjaya menamatkan dalam tempoh yang pantas dikira pemenang.
Aktiviti kumpulan juga dibuat seperti tempuh halangan yang mana para peserta mestilah berjalan melalui titian kayu dan berenang beberapa meter dan mendaiki bukit dan benyeberangi sungai dengan menggunakan tali yang diberikan dalam keadaan sungai yang dalam. Aktiviti lasak ini juga memberi kekuatan mental peserta walaupun dalam keadaan panas.
Selama 3 hari 2 malam berada di Kg. Indarason Laut, makan sapi sahaja.. hihihihi.... tapi sedap... nak rasa.. ikutlah program ini pada masa akan datang.
Makan secara jemaah ini adalah sebahagian rutin setiap kali program. Makan dalam talam ini juga mengeratkan lagi talisilatulrahim di antara peserta.
Khemah dan Gedjet yang hambpir siap yang dibuat oleh kawasan kudat.
Pengarah Jambori Amal 2010 ( Azman Bin Madusin ) memberi sekata dua bagi menjayakan majlis perasmian program jambori amal. Yang mana beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Kg. Indarason Laut kerana memberi kerjasama yang baik.
Pada masa yang sama, bagi kalangan kanak-kanak pula, diberikan tayangan video kartun yang bertajuk Muhammad saw. Video ini mengisahkan tentang riwayat hidup Nabi Muhammad saw. Tentangan yang dihadapi oleh Abu Jahal dan sekutu-sekutunya.
Ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Samad kepada penduduk Kg. Indarason Laut, yang mana beliau menekankan tentang kepentingan ibadah dan juga budaya barat yang telah menular di kalangan orang islam pada hari ini.
Masa yang sama gotong-royong juga dibuat, iaitu membersihkan masjid dan baikpulih tandas yang sudah rosak. Gambar ini diambil semasa peserta jambori amal tengah membersihkan tempat usungan jenazah yang sudah berkarat untuk di cat semula.
Aktiviti pertama, iaitu Pertandingan Khemah dan Gedjet yang mana setiap kawasan akan menghantar 5 orang ahli dari kalangan pelajar-pelajar sekolah. Pertandingan ini mengikuti kretifviti kumpulan masing-masing.
13/03/2010, jam 7.30 pagi, taklimat bersama para peserta jambori amal yang terdiri daripada kawasan Keningau, Sepanggar, Kota Marudu/Pitas, Kota Belud dan juga Kudat. Taklimat yang di sampaikan oleh Pengarah Program ( Azman Bin Madusin ) bersama Saf Pimpinan Jabatan Amal Negeri Sabah. Seramai lebih 130 orang peserta termasuk ajk.
Taklimat diberikan kepada 2 kawasan yang sampai dulu iaitu kudat, kota marudu dan pitas. Rombongan dari kudat tiba ke tempat perkhemahan pada sebelah petang iaitu sekitar jam4.00 petang.
Sementara menunggu rombongan yang kawasan lain, YDP dan ahli PBMDK bergotong royong membantu bahagian masakan untuk memudahkan ajk memasak untuk menyediakan masakan. Daging sapi ini adalah sumbangan akikah yang telah diberikan oleh penyumbang-penyumbang.


Dengan adanya program sebegini, diharap ia dapat di teruskan pada masa akan datang. Kami mewakili PBMDK mengalu-alukan keahlian setiap orang yang berasal dari Kudat, Matunggung, Kota Marudu, Pitas dan Banggi.

Sunday, March 7, 2010

0

Mesyuarat ke-5 PBMDK 07.03.2010



Ahlamdulillah, mesyuarat Pimpinan PBMDK dapat dijalankan meksipun yang hadir adalaha 2/3 dari kesemua pimpinan yang ada kerana mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan. Dalam mesyuarat ini, banyak menyentuh tentang perkembangan setiap lujnah dan pergerakan persatuan. Banyak lontaran-lontaran idea yang bernas telah diberikan dalam memantapkan lagi PBMDK dalam menyampaikan syiar islam di bumi kudat. Sedikit tazkirah yang disampaikan oleh YDP PBMDK bagi memantapkan lagi persatuan yang mana YDP membawa tajuk Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama yang telah dikarang oleh Imam Habib Abdullah Haddad dan diterjemaah oleh Syeh Ahmad Semait.

Dalam mesyuarat ini juga, YDP juga telah menyatakan bawah PBMDK kena kemas dalam menjayakan sesuatu program yang hendak dijalankan dan hendaklah berstartegi dan jadikan kelemehan-kelemahan yang lepas sebagai iktibar buat masa akan datang. Setakat ini jumlah ahli yang berdaftar ada seramai 63 orang dan yang belum berdaftar lagi lebih dari 400 orang. Insya-Allah bulan Mac YDP mensasarkan penyertaan seramai 100 hingga 200 orang ahli baru akan berdaftar di bawah PBMDK.

YDP mengariskan beberapa perkara yang perlu diperhalusi oleh setiap pimpinan yang lain. Ada 2 program besar PBMDK akan menyusul pada bulan April ini dan pada bulan ini YDP menyarankan semua pimpinan muslimin PBMDK ikut serta dalam Jambori Amal di Kg. Indarason Laut pada 12 hingga 14 Mac 2010 ini.
0

Pertandingan Spanduk Peringkat Daerah Kudat


Gambar ini ketika PBMDK telah dinobatkan selaku tempat ke-3 pertandingan spanduk peringkat daerah kudat bagi ketegori swasta.
Gambar ini semasa penyerahan sijil penyertaan daripada YAB Datuk Abd Rahim Bakri, Ahli Parlimen Kudat merangkap Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Inilah spanduk daripada PBMDK dan ahli persatuan. Jalan kaki sejauh 1KM lebih tapi tetap bersemangat.

PBMDK pertama kali mengikuti pertandingan spanduk peringkat daerah, meksipun tidak ada bakat dalam membuat khat tapi semangant yang ditunjukkan oleh pimpinan dan juga ahli persatuan sangat membanggakan. Terima kasih kepada ahli yang datang untuk menjayakan perarakan Maulidur Rasul ini.

Thursday, March 4, 2010

0

Buat Spanduk


Ini pula spanduk dari Sekolah Agama Rakyat.
Ini pula spanduk untuk Titian Murni yang di kelolah oleh Ust Agus
Inilah spanduk untuk persatuan yang belum siap... persiapan terakhir malam ini untuk perarakan esok... huhuhuhu.... penatnya... kebanyakan yang dapat ialah pimpinan PBMDK...

Di harap semua ahli persatuan yang telah berdaftar mahupun belum berdaftar turun ke kompleks seawal jam 6.30 pagi esok 06.03.10. Sama-samalah bemeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kudat.

Jumpa di Komplaks Sukan Kudat...

Monday, March 1, 2010

3

Inilah tempat anak-anak Kg Indarason.... menyedihkan..


Yang menyedihkan, inilah tandas guru-guru di sini. Tidak kasihankah kita bila melihatnya.
Ini juga salah satu rumah guru yang mengajar di sekolah ini. Berpapankan kayu buruk, bertanggakan kayu yang sudah patah, sampai bila guru-guru di sini macam begini?? Banyak perancangan kerajaan tetapi kenapa guru-guru di sini pula yang jadi mangsanya. Sepatutnya mereka dapat yang selesa sedikit, Sekolah ini tidak jauh dari pekan Matunggung.
Inilah penyambungan yang dibuat, penggunaan elektrik dari Pra Sekolah yang mana lampu, kipas soket dan macam-macam lagi. Adakah soket yang berkuatan rendah ini menampung bekalan kuasa yang diperlukan oleh Pra Sekolah !!! kalau ia pun tapi sampai bila!!! tunggu soket ini terbakar kerana tidak dapat lagi menampung bekalan yang diperlukan?? Logik tidak dengan hanya arus 3A sahaja untuk disambung ke rumah yang besar??? Adakah ia diluluskan oleh SESB !!!
Ini pula Pra Sekolah, cantik mempunyai corak dan permainan tetap menakutkan kerana bekalan elektrik tidak di sambung bahkan mengambil langakah yang memudaratkan dengan membuat penyambungan haram daripada bekalan elektrik dari sekolah untuk di salurkan ke Pra Sekolah. Sampai bila!!!!!..... Tunggu ada anak-anak kampung yang mati barulah ia dibetulkan, masa itu baru menyesal..
Ini pula rumah guru, meskipun bekalan elektrik sudah disambung tetapi rumah guru yang ini pula masih lagi berlampukan pelita dan lilin setiap malam, demi masa depan anak-anak, mereka tidak menghiraukan perkara ini tetapi sampai bila pihak bertanggungjawap membiarkan nasib mereka sebegini.
Inilah kelas pelajar-pelajar, di tutupi oleh sekeping papan yang nipis yang mana tinggal menunggu masa lagi. Ruang belajar yang tidak cukup menyebabkan pondok ini di dirikan, ini juga atas kerja tangan penduduk kampung, bagi melihat anak-anak mereka dapat belajar di sini.
Inilah batu bersejarah menandakan bermulanya era pembelajaran di Kg. Indarason, kelihatan cantik dari luar tapi... Inilah rumuhku syurgaku bagi kanak-kanak Kg. Indarason.


Mereka juga seperti kita, mereka juga perlukan yang selesa tapi kenapa tidak ada orang yang melihat perkara ini dengan serius lebih-lebih lagi wakil rakyat di sini. Sepatutnya merekalah yang membantu kerana mereka telah dipilih oleh rakyat. Kami dari PBMDK mengharapkan agar selepas artikal ini disiarkan akan ada orang sudi menbantu sekolah ini. Pihak sekolah juga kena memandang ia serius, ini melibatkan masa depan anak-anak Kg. Indarason.

" Bantu anak-anak hari ini untuk melihat pemimpin masa hadapan "


0

Mesyuarat dengan penduduk kampung berkenaan Jambori Amal 2010


Ini adalah tapak perkemahan yang akan dibuat
Perbincangan bersama ketua kampung
Penduduk kampung dan rombongan daripada negeri pun turut sama.


Berkeretakan proton saga, kami bergerak dari kudat ke Kg. Indarason Laut. Sedangkan Kem Ibadah yang di SM ST Peter pun belum selesai lagi, setibanya kami di Kampung tersebut, kami telah Jabatan Amal Negeri dan penduduk kampung sudah memulakan perbincangan. Perkara yang dibincangkan ialah berkaitan dengan keluarga angkat, bajet yang diperlukan, perkakasan yang dibawah oleh setiap kawasan dan juga lain-lain. Kawasan yang dijangka menghantar wakil ialah Sepanggar, Putatan, Kota Belud, Keningau, Kota Marudu, Pitas dan Kudat. Di samping berbincang kami juga melawat tapak yang sesuai.
0

Kem Ibadah SM ST Peter 26 hingga 28 Febuari 2010











SM ST Peter telah menganjurkan Kem Ibadah yang mana penganjurnya ialah Persatuan Pelajar Islam Sekolah. Mereka telah menjemput pimpinan PBMDK untuk mengisi beberapa slot dan juga Kembara Malam. Seramai lebih 90 orang peserta yang mengikuti program ini dan lebih membanggakan lagi seramai 10 orang Non Muslim turut serta dalam program ini. Ada 2 kumpulan muslimin dan 5 kumpulan muslimat. Peserta yang hadir adalah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Di atas adalah aktiviti yang telah di buat selama 3 hari 2 malam di SM ST Peter.
0

Forum Sambutan Maulidur Rasul Di Masjid Asy-Syikirin 26/02/2010




Forum yang dianjurkan oleh AJK Masjid Asy- Syikirin sempena Maulidur Rasul yang mana ahli panelnya ialah Ust Agus Kurniawan dan Ust Mohd Fadzli yang mana dipengerusikan oleh Imam Daerah sendiri iaitu Ust Mohd Noh. Hadirin yang hadir tidaklah begitu ramai tetapi meriah juga di tambah dengan kehadiran muslimat. Syabas dan tahniah kepada AJK Masjid kerana dapat menganjurkan program-program sebegini.